22.

8.5K 882 192
                                    

Not y'all cakap Ghaz sus sebab matikan video call 💀 tak kan nak video call tunjuk rambut bini depan office-mate 😭 also sbb tu masih waktu kerja jd tak profesional gitu.

Time Stamp.

Tepat pukul enam petang, kaki Sara selamat menginjak lantai rumah umi dan abah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tepat pukul enam petang, kaki Sara selamat menginjak lantai rumah umi dan abah. Selepas beberapa minggu, dia balik semula ke sini dan kali ini secara suka rela tanpa ada jemputan bertauliah dari umi di corong telefon. Sengaja juga dia siapkan kerja awal dan balik awal dari office, tak nak tersangkut dalam jammed.

Suara umi menjawab salamnya menjadi hal pertama yang menyambut Sara. Tangan wanita itu disalam kemudian beralih mengucup kedua pipi umi.

Perangai yang memang dah ditanam sejak kecil oleh umi dan abah. Jangankan dia, Eilyas yang dah beristeri tu pun buat hal sama tiap kali pulang ke sini.

    “Abah mana? Hawa?” Sara menyoal sambil kaki mengekori langkah umi menuju meja makan. Beg berisi keperluannya dah selamat dicampak ke sofa.

    “Abah katanya nak joging dekat taman belakang. Hawa baru balik, ada dalam bilik tengah rehat.” Umi membalas sambil tangan wanita itu menuangkan teh O panas ke dalam cawan untuk Sara. Kebetulan masih ada lebihan minum petang lepas asar tadi.

Sara angguk, tak boleh nak bersuara sebab tengah kunyah cucur bilis penuh dalam mulut.

   “Lama ke cuti?” Umi melirik Sara yang mencapai sebiji lagi cucur. Apa gaya lapar sangat anak dara seorang ni?

    “Cuti hujung minggu je la lepas tu top up lagi cuti dua hari. Isnin dan Selasa.” Sara tarik sengih dan menatap umi dengan kedua kening dimainkan.

Salah satu sebab utama kenapa dia rajin sangat balik ke sini, sebab perjanjian dia dan Hawa tempoh hari. Adik bongsunya itu dah habis final exam dan dah mula cuti semester.

Elok file PDF tiga helai masuk ke emelnya berisi segala perancangan, bajet dan kawasan percutian mereka berdua nanti. Hawa betul buat macam nak buat permohonan proposal siap letak 'ref' bahasa formal ala cikgu Bahasa Melayu.

  “Abang pun katanya on the way balik, tapi on the way dia tu dari dua jam lepas tak sampai-sampai. Macam jauh sangat je.” Umi menggeleng.

   “Sangkut dalam jammed kot.” Sara membalas.

Dia kemudian menyudahkan sesi hi-tea dengan secawan teh dan cucur bilisnya sebelum meminta diri untuk naik ke atas. Nak mandi dan rehatkan diri sementara tunggu solat Maghrib. Nanti tak adalah kena berkejar jemaah.

Selesai dengan rutin malam yang berakhir pada pukul dua pagi termasuk jadi movie companion buat Hawa, Sara kembali semula naik ke bilik. Itu pun masing-masing kena paksa rela untuk patuh sebab abah dah berdeham gaya sakit tekak yang jelas dibuat-buat.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now