37.

10.7K 848 195
                                    

Time Stamp.

Pagi itu, Sara terbangun dengan ruang kosong di tepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi itu, Sara terbangun dengan ruang kosong di tepi. Dahinya berkerut melihat jam yang terpapar pada layar telefon, pukul sepuluh. Wajahnya diraup. Selepas subuh tadi dia kembali sambung tidur dan kali terakhir yang dia ingat, masih ada Ghaz yang sama berkongsi ruang atas katil queen size ini.

Dia kemudian bangun nak menapak ke bilik air. Terasa dingin air menyentuh kulit walaupun sekarang bukan awal pagi. Sedikit menggigil Sara cuba membasuh muka dan memberus gigi. Tiba-tiba dia jadi rindu matahari Malaysia. Kata Ghaz, musim luruh nak masuk ke awal musim sejuk memang suhu tak menahan.

   "Guten Morgan, mein liebe." Ghaz muncul bersama beberapa buah plastik di tangan saat Sara menapak keluar dari bilik air.

   "Awak mencarut apa?" Nak speaking Jerman pula pagi orang baru nak kumpul nyawa ni. Sara sebenarnya macam berjalan atas angin, kepala rasa ringan semacam bahana jet lag masih belum redah.

Ghaz tergelak kecil. Plastik berisi sarapan merangkap makan tengah hari mereka, diletak ke suatu sudut di atas lantai. Bebas sikit nak makan bersila lagipun, ruang bilik untuk dua orang ini tak luas mana.

   "Kita makan dulu sementara tunggu May datang. Dia kata nak jadi tour guide kau. Aku tak tahu kau nak makan apa, jadi aku beli je mana yang aku rasa berkenan." Ghaz mula mengeluarkan makanan yang dipesan tadi.

   "Mana awak dapat ni? Banyaknya, siapa nak habiskan?" Sara menatap lantai yang penuh dengan hidangan. Set lamb chop siap dengan nasi, Turkish pizza, kebab grill dan baklava. Nak buat kenduri kesyukuran ke apa Ghaz ni?

   "Aku singgah Lades. Jadi aku pilih je menu yang popular. Jangan risau, tu kedai orang Turki dan muslim. Kalau tak habis, suruh May habiskan. Dia kuat makan sekarang." Mudah Ghaz membalas.

Tangannya ditadah membaca doa diikuti oleh Sara. Seketika masing-masing senyap menyuap makanan ke dalam mulut.

   "Ghaz, saya nak tanya boleh?" Jujur, Sara tak pasti perlu atau tak dia minta izin tapi mengenangkan yang dia dan Ghaz tengah makan, tak nak la soalan yang dia tanya sekejap lagi buat selera Ghaz hilang.

   "Tanya apa?" Ghaz menyoal dengan dahi berkerut, apa bunyi serius semacam je ni?

   "Casey macam mana sekarang?" Bibir diketap. Bukan ke semalam Ghaz sepatutnya belikan ubat untuk Casey tu? Tapi dah tersesat sampai ke sini pula.

   "Dah okay sikit. Aku suruh May belikan ubat baru dan temankan dia semalam. May bagitau, dia nak hantar Casey pergi train station. Budak tu nak balik rumah family dia." Ghaz menjongket bahu. Pagi tadi, dia sempat menjengut Casey dan Amaya sebelum kembali ke sini.

   "Kau fikir apa?" Ghaz menatap Sara lurus. Mesti ada yang mengganggu fikiran Sara kalau dah keluar soalan dengan topik 'sensitif' macam tadi.

   "Kalau Casey tak muncul dan May ajak saya bermalam dekat apartment awak, awak memang tetap akan stay dekat rumah family awak ke?" Memang tak nak datang jenguk Sara? Sebenarnya Sara terfikir, apa reaksi Ghaz bila jumpa dia selepas perang dingin yang berlaku.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now