26.

8K 781 157
                                    

'Tak ada adegan BadRose 2.0' (dibaca) 'tak ada insiden kahwin lain.' Kalau ending tak tahu lagi.

Time Stamp.

Udara dingin malam itu menerobos masuk melalui tingkap bilik yang sengaja dibiarkan terbuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Udara dingin malam itu menerobos masuk melalui tingkap bilik yang sengaja dibiarkan terbuka. Sejak setengah jam yang lepas, Sara masih diam membuang pandang ke arah langit sebelum renyai hujan kedengaran turun menghentam atap rumah sewanya.

Tak nak terkena tempias, Sara pantas menutup tingkap. Selepas itu, dia mengambil tempat di atas katil, bersandar pada dinding dengan pandangan kosong dilontar lurus ke depan. Sayup-sayup telinganya menangkap bunyi hujan yang semakin lebat.

Semoga tak ada guruh dan hujan lebat di luar sana cepat redah. Sara tak yakin yang dia boleh tertidur dengan keadaan kepala yang berat dengan bermacam hal walapun sekarang jarum jam dah menginjak angka dua pagi.

Kedua lutut ditarik rapat ke dada dan wajahnya disembamkan ke situ. Rasa nak menangis untuk lepaskan emosi yang sejak dua hari ini tertahan. Nak lepaskan rasa sesak selepas dua hari ini dia berpura-pura okay.

Haih! Sara mendongak dengan mata yang mula panas. Dua hari berlalu sejak Amaya menghubungi dia dan memberitahu tentang Casey. Sepanjang dua hari tu juga tak ada panggilan atau pesanan yang masuk dari nombor Ghaz.

Sara tak berharap pun yang Ghaz akan menghubungi dia walaupun Sara nak sangat tahu apa yang lelaki itu rancang sebenarnya. Tapi Sara juga tahu yang dia masih tak cukup kuat. Masih tak mampu nak berdepan dengan Ghaz.

Apalagi selepas melihat status yang dimuat naik oleh lelaki itu dalam WhatsApp. Ghaz berlagak seolah tak ada benda yang berlaku. Lelaki itu bertingkah seolah semuanya baik. 

Tak ada gambar Casey yang dimuat naik, tapi melihat gambar pemandangan yang lelaki itu tangkap, Ghaz kelihatan menikmati percutiannya. Langsung terlupa dengan kewujudan Sara yang sedang menahan rasa sakit.

Ah, mungkin Ghaz balik ke sini membawa Casey sebab nak luang waktu sekali? Keluarga Ghaz kan masih di sini juga?

Sara dan andaiannya memang selalu negatif. Dia tersenyum sinis untuk diri sendiri. Macam mana dia nak bersangka baik pun? Ghaz betul-betul tak ada usaha untuk mencari Sara dan buat penjelasan selain datang ke tempat kerja Sara tempoh hari.

Mungkin Sara yang salah sebab mengelak, tapi secepat itu ke Ghaz putus asa?

Bzz. Bzz.

Sara sedikit tersentak melihat telefonnya yang bergetar. Melihat nama Eilyas yang terpapar, panggilan itu pantas disambut.

    "Sara buat apa masih online pagi buta ni?" Suara Eilyas menampar gegendang.

Sara mengerut dahi, telefon dijarakkan dan dia melihat aplikasi WhatsApp masih terbuka. Patut pun Eilyas tahu, Sara lupa nak keluar dari aplikasi itu lepas tengok status Ghaz tadi.

    "Terlupa nak tutup WhatsApp, abang kenapa call pagi buta ni?" Sara menarik comforter menutup sehingga ke bahagian leher. Sejuk.

    "Terbangun tadi, lepas tu saja buka telefon nak tengok kalau ada benda penting. Nampak Sara masih online." Ringkas Eilyas memberi penjelasan. Lagipun sebab sekarang tengah hujan lebat dan mengingat Sara yang takut guruh, dia jadi risau.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now