39.

10.4K 959 120
                                    

Last sebelum epilog, huwaa tak sangka cerita ni dah nak habis. (ಥ_ಥ)

Time Stamp.

15 minit berlalu dan dia masih belum beranjak turun dari perut kereta sebaik tiba di basement kondo ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

15 minit berlalu dan dia masih belum beranjak turun dari perut kereta sebaik tiba di basement kondo ini. Sara mengalih tangan yang menekup wajah dan melihat pantulan diri sendiri dengan hidung berair, mata merah dan bibir yang koyak.

Sememeh. Dibiarkan air mata yang menitis turun serupa air terjun Niagara itu tanpa diseka. Dia nak nangis sepuasnya dulu sebelum naik menemui Ghaz. Sekurang-kurangnya dia perlu tenangkan diri sedikit sebelum menghadap lelaki itu.

Apa agaknya reaksi Ghaz nanti? Macam mana penerimaan lelaki itu selepas tahu apa yang dah jadi? Ke Eilyas dah bercerita dulu? Abangnya itu sempat menghubungi Sara. Berpuluh missed calls dan chat yang dikirim tapi hanya dibalas dengan bubble chat 'Sara okay.'

Cukup drama untuk hari ini. Buat masa sekarang Sara tak nak membebankan sesiapa apalagi ahli keluarga angkatnya itu termasuk Eilyas. Bukan berdendam, tapi Sara tak nak hal jadi makin rumit.

Nafas panjang dihela. Apabila dirasakan dia lebih stabil, pintu kereta dibuka dan Sara menapak ke arah pintu lif untuk naik ke unit kondo yang ditempati Ghaz.

Klak!

   "Assalamualaikum."

Perlahan pintu ditolak dari luar selepas kunci dibuka. Senyuman segaris nyaris tak kelihatan diukir sebaik melihat belakang tubuh Ghaz yang sedang sibuk menghadap laptop. Sara menapak mendekat sebelum melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan dengan lelaki itu.

  "Wa'alaikumsalam, kenap—" Ayat Ghaz mati. Dahinya berkerut melihat wajah pucat dan luka yang mengering di sudut bibir Sara. 

   "Saya singgah farmasi tadi sebelum datang sini." Faham dengan reaksi Ghaz, Sara mengangkat plastik berisi krim luka yang dibeli hampir setengah jam lepas. 

Sebelum menghubungi Ghaz, dia sempat balik ke rumah sewanya. Nasib baik kosong tak berorang sebab penghuni rumah yang lain tengah keluar ada urusan masing-masing. Dapatlah Sara ruang nak tenangkan diri tanpa gangguan atau soalan cepumas dari Fahin.

Selepas Isyak, barulah dia menelefon Ghaz bertanyakan keberadaan lelaki di sisinya ini. Malam ni Sara tak rasa nak pendam semuanya sendiri. Dia perlukan Ghaz untuk jadi pendengar. Dah tak larat nak simpan segala hal yang buat kepalanya berat.

Ghaz masih tak bersuara. Dia meletak laptop di ribanya ke atas meja dan menolak meja itu menjauh. Selepas itu, dia berlalu ke arah dapur dan kembali bersama kotak kecemasan. Duduknya dilabuhkan ke tempat tadi dan tangannya mula bergerak membersihkan luka Sara.

   "Stt..." Sara mendesis pedih saat permukaan kapas yang bersalut krim bersentuhan dengan lukanya. Pedih dia mencucuk sampai ke otak!

   "Sorry." Ghaz kembali meletak krim tadi kali dengan dengan lebih lembut dan berhati-hati. Luka di hujung bibir, pedih dia lebih kurang dengan ulser. Nak buka mulut pun rasa menggigil tahan denyutan sakit.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now