epilog

16.5K 1.1K 183
                                    

Update terakhir untuk dua ketul ni ❤

Time Stamp.

Kepala didongak sebaik secawan Oreo McFlurry dihulur depan muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepala didongak sebaik secawan Oreo McFlurry dihulur depan muka. Senyuman segaris diukir untuk si pemberi dan huluran tadi bersambut. Tanpa suara, mereka mula menyisip rasa manis ais krim itu dengan kepala masing-masing penuh dengan entah apa.

   "Sakit." Sara berucap perlahan. Tangan kanannya yang bebas di bawa ke dada sendiri dan mengetuk bahagian itu seolah mampu meredahkan sesak.

   "Kau menyesal ke?" Ghaz menoleh ke sisi, menatap Sara yang membuang pandangan kosong lurus ke depan. Tangan wanita itu masih menyentuh dadanya, pada bahagian jantung yang berdegup.

   "Apa? Ikut awak jumpa umi dan abah tadi?" Sara membalas semula dengan soalan. Keningnya terjongket dengan senyuman nipis.

Pagi tadi selepas dua hari berlalu sejak kejadian di rumah keluarga angkatnya itu, Sara gagahkan diri untuk mengikut Ghaz menemui Ustaz Azhar dan Ustazah Salihah.

Jangan tanya macam mana keadaan Sara sewaktu kereta Ghaz dah selamat terparkir di halaman rumah dengan abah yang menjadi penyambut kedatangan dia dan Ghaz. Tangan Sara berpeluh dingin, jantung rasa macam nak gugur.

Dan penerimaan abah selepas hampir setengah jam selepas itu, buatkan Sara sedikit lega. Mungkin Ghaz mendapat satu tumbukan dari abah, walaupun tak sepadu Ghaz tapi cukup untuk buat lelaki itu terduduk.

Air mata abah jatuh. Pandangannya nanar menatap Sara. Tapi sebaik tubuh Sara dibawa ke dalam pelukan, Sara tahu yang abah masih sayang. Abah masih peduli dan abah masih abah yang jaga Sara sejak kecil sampai besar macam sekarang ini.

Hanya, umi yang masih terluka hatinya. Masih belum cukup lapang dadanya untuk memaafkan Sara. Masih belum kuat jiwanya untuk menerima Sara semula.

'Bagi umi masa. Perlahan-lahan.'

Ayat pujukan abah itu yang dipegang dan jadi pegangan untuk Sara cuba bersabar. Yakin untuk percaya yang umi pun, umi yang dulu menyusukan dia walaupun Sara tak lahir dari rahim wanita itu.

   "Fikir apa?" Ghaz memecah hening. Soalannya masih belum berjawab.

   "Awak tahu, sebelum ni saya memang dah pernah bayangkan pun apa reaksi abah dan umi kalau tahu pasal kita." Sara menghela nafas. Tak sia-sia jadi overthinker

   "Bayangan yang saya fikir rupanya lebih teruk, jadi masa umi dan abah marah saya hari tu saya tak terkejut sangat. Tadi pun, saya tak sangka abah boleh peluk dan maafkan saya balik walaupun umi masih tak nak jumpa saya." Sara menatap Ghaz.

Ditolak oleh orang-orang yang punya peranan penting dan besar dalam hidup kita itu memang sakit, bahkan hanya sebatas untuk memikir kemungkinannya. 

Memaksa untuk menerima juga sama. Hati dan kehendak seseorang itu bukan tanggungjawab kita untuk dikawal, untuk dipaksikan pada keinginan kita. 

Masing-masing ada batas sendiri. Masing-masing ada bahagian sendiri.

Sama macam Sara yang sekarang ini cuba untuk melapangkan dada. Bukan memaksa hati untuk menerima sepenuhnya penolakan yang diberi. Tapi cuba untuk berlapang dada, meluaskan hati untuk kembali kuat. 

Kuat untuk meraih semula apa yang sebelum ini menjadi bahagian 'keluarga' yang dia punya.

Umi mungkin masih belum mampu untuk memaafkan. Masih belum mampu untuk memberi peluang tapi bukan bermaksud Sara kena mengalah. 

    "Terima kasih. Awak buat semuanya jadi lebih mudah. Sebenarnya saya tak pernah letak awak dalam bayangan saya kalau kejadian kantoi hari tu jadi. Tak sangka rupanya jadi lebih senang, saya rasa jadi lebih kuat kalau awak ada." Senyum.

    "I'm here, my Belle. Kita hadap benda ni sama-sama. Tak payah risau sangat okay?" 

Angguk. Semua memang tak akan jadi normal macam dulu, tapi Sara dah ada hidup versi 'normal' yang baru. Tentunya dengan kehadiran Ghaz di sebelah dia ni untuk mereka sama-sama menghadap hari-hari yang mendatang.

Hanya, Sara cuma berharap yang bahagia kecilnya bersama Ghaz ini kekal untuk abadi yang ditetapkan Tuhan. Hanya itu.

ꕀ *﹆ ˚ ༘♡ ⋆。˚  

Sara Isabella versi tidak sempurna ✨selesai

Buat awak yang memilih untuk bertahan sampai akhir,

Buat awak yang sudi spam votes dan komen,

Buat awak yang sudi menunggu dan bersabar,

Buat awak yang hanya membaca dalam diam,

Buat awak yang mengisi bulan Disember hingga Febuari seketul froszrine,

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Maaf, cerita ini banyak kurangnya, banyak lompangnya, banyak kesilapan penulisannya. (Saya malas nak buat double check, jangan tiru amalan ini).

Tak ada sambungan ke? Kenapa tergantung? Kenapa banyak benda tak settle lagi?

Saya sengaja. Saya memang nak cerita ni tergantung dan banyak teka-tekinya.

Kenapa? Suka hati la.

Gurau hehe, sebab saya ada benda lain yang nak diutamakan. Saya ada prioriti yang lebih menuntut perhatian. Saya ada hal penting yang lebih maha penting untuk dibuat.

Semoga jumpa pada paragraf cerita yang lain, selamat malam 🌙

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now