6.

9.5K 794 147
                                    

Oii korang spam apa dekat chap sebelah hshshs 😭 Terima kasih ♥

Maaf if rasa terbeban, saya cuma nak tulisan saya dihargai 🙃🙏

Time Stamp.

Basement 45, Bristol

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Basement 45, Bristol.
Lapan bulan sebelum.

Cahaya temaram diiringi dentuman kuat dari muzik yang dimainkan DJ menerusi speaker, menyambut iringan langkah kakinya malam itu. Hiruk pikuk suara dari pengunjung yang datang berselang seli menjadi halwa telinga.

Langkahnya diatur mendekati bar. Kerusi tinggi ditarik dan dia melabuhkan duduk. Sapaan bartender yang bertanyakan pesanan, hanya dibalas tangan terangkat berserta senyuman tiga jari, tanda dia tak perlukan apa-apa.

Dia datang ke sini bukan sebab nak berhibur. Ada hal lebih penting yang dia kena buat sebenarnya.

Ghaz melarikan pandangan menyapu seluruh ruang. Cahaya redup di dalam bangunan itu diterangi dengan lampu neon pelbagai warna. Di depan sana, DJ sedang memainkan muzik disambut dengan sorakan orang ramai. Lantai dansa juga meriah dengan manusia yang saling meliuk lentokkan tubuh masing-masing.

Nafas dihela perlahan. Macam mana nak cari? Bukan 10-20 orang je yang ada dalam night club ni. 

Eilyas pun satu! Macam mana dia boleh yakin nak lepaskan adik perempuan dia merayau ikut orang yang baru kenal tak sampai seminggu?

Belum pun cukup tujuh hari keluarga Eilyas datang ke sini berkunjung melawat, main percaya je Sara ikut Nancy, gadis yang menjadi jiran selang dua pintu dari apartment Eilyas tu.

Belajar sampai sarjana pun tak boleh fikir benda kecil macam ni. Kalau jadi benda tak elok macam mana?

Setengah jam lepas, dia dapat panggilan dari nombor Sara. Tapi bukan adik Eilyas tu yang bercakap di talian. Katanya, Sara dah mula tipsy. Si pemanggil itu yang memberi lokasi keberadaan mereka dan menyuruh Ghaz untuk datang menjemput Sara.

Hampir 15 minit Ghaz di sini, masih belum kelihatan bayang susuk yang dimaksudkan. Chat yang dia kirim pun tak berbalas dan panggilannya tak besambut.

    “Hai!”

Kepala Ghaz menoleh ke samping sebaik bahunya ditepuk. Keningnya langsung terangkat tinggi sebaik susuk yang sejak tadi dicari keberadaannya dah berdiri dengan keadaan sedikit tak stabil.

   “Berapa teguk kau minum?” Ghaz menyoal dingin. Sara yang mengambil tempat di sisinya itu direnung tajam.

Dalam hati berbakul sumpah serana yang keluar. Dia memang dah maklum dengan perangai liar Sara yang satu ini. Bukan sekali dua juga dia menemui Sara dalam keadaan dan suasana yang sama. Hanya, kali ini dia tak sangka yang Sara lebih berani.

Berani dalam erti berpakaian yang lebih terbuka dan tentunya mabuk. Tudung yang selalu menutup kepala gadis itu dah bertukar rupa menjadi turban. Baju lengan panjang longgarnya dah berganti dengan dress yang melekat mengikut bentuk tubuh.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now