25.

8.4K 824 170
                                    

Time Stamp.

Pandangan Sara singgah menjeling jam dinding yang tergantung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pandangan Sara singgah menjeling jam dinding yang tergantung. Hari ini pertama kali dalam beberapa bulan terakhir dia sampai ke rumah awal. Jarum pendek jam belum pun menyentuh angka lapan sebaik Sara menanggalkan kasut dan dimasukkan ke dalam rak.

Setelah itu, langkahnya diatur naik ke bilik. Beg laptop dan slig bag diletak ke atas meja sebelum Sara mengambil tempat di birai katil. Tangannya naik meraup wajah sendiri berserta keluhan terlepas. Penat.

Mental dan fizikal. Ah, penat emosi juga sebenarnya.

Seharian ini dia paksa diri untuk pura-pura okay. Tak nak terlalu hanyut dengan perasaan walaupun hati masih pedih terhiris dengan insiden di lapangan terbang semalam. Tak nak menjawab soalan cepumas Fahin juga sebenarnya.

Sebaik dia tiba di rumah sewa semalam, muka Sara jelas merah padam baru lepas menangis. Fahin yang ketika itu tengah menonton TV tak banyak soal, hanya menatap Sara dengan pandangan tertanya. 

Sara faham je Fahin nak menyoal tapi melihat keadaan dia, Fahin cuba untuk beri Sara ruang sendiri. Sudahnya, sampai malam ni isu semalam tu tak berbangkit. Sara yang masih tak ada mood nak bercerita atau Fahin yang malas nak masuk campur.

Tak nak melayan rasa, Sara bangkit dan berjalan ke bilik air. Nak bersihkan diri lepas tu wuduk dan solat Isyak. Sekurang-kurangnya dia perlu dinginkan kepala dulu sebelum berperang dengan isi kepala sendiri.

Berperang dengan overthinking yang semakin parah tak berkesudahan.

    "Sara?"

Sara menoleh ke arah pintu sebelum wajah Fahin kelihatan. Kawan baiknya itu tersenyum dengan kepala terjengul di celah pintu yang terbuka.

     "Turun makan. Aku bungkus lebih tadi." Fahin memberitahu sebelum kembali menutup pintu bilik Sara apabila yang dipanggil itu mengangguk.

Sara menghembus nafas. Tangan kemudian ditadah membaca doa sebelum diraup mengaminkan. Setelah itu, dia bangun dari duduk dan mengemas telekung dan sejadah yang diguna tadi. 

Langkah kakinya diatur turun dan menghampiri meja makan. Fahin muncul bersama dua cawan berisi air putih tak lama selepas itu. Masing-masing mula membaca doa makan dan menyuap nasi ke mulut.

    "Sara." 

Sara mendongak menatap Fahin. Seruan dengan perkataan sepatah tu, dia dah boleh agak ke mana arah perbualan mereka selepas ini. Mesti ada kena mengena dengan hal semalam.

    "Kau okay?"

Angguk dan senyum. Tak okay pun, dia kena tunjuk okay kan? Apa je yang dia boleh cerita pun? Fahin memang tahu cerita dia dan Ghaz tapi bukan semua. Sara masih ada Eilyas untuk berkongsi kalau betul dia dah tak tahan sangat nak memendam.

    "Aku tahu kau bohong sebab semalam kau nangis. Aku tak bodoh." Fahin membalas sambil menjulingkan mata ke langit. Nak menipu pun agak-agak la si Sara ni. Mereka kenal bukan sehari dua.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now