8

1.6K 91 0
                                    

Happy readinggg

Genap seminggu Jebat berada di Pahang. Pada mulanya mungkin benar kerana urusan kerja namun lama kelamaan sudah menjadi urusan peribadi baginya

Setiap petang lelaki itu berulang alik dari hotel ke booth Mawar,namun hampa selama seminggu itu juga dia tidak melihat tanda tanda yang wanita itu bakal memunculkan diri

"Where the fuck are you!" stereng kereta dipukul melepaskan amarahnya sebelum berlalu pergi


"Mawar"
Tersentak dengan sapaan umminya,pantas dia menoleh ke belakang melihat puan Dahlia

"Dah nak maghrib ni sayang,tak baiklah anak ummi duduk seorang dekat luar macam ni" ujar umminya seolah olah memujuk

Mawar tersenyum ke arah umminya sebelum ikut sama masuk ke dalam rumah

"Ummi, Mawar nak minta izin nak menjual balik"
Serta merta langkah puan Dahlia terhenti sebelum memandang ke arah puterinya

"Mawar, ummi bukan tak nak bagi tapi Maleeq kan tengah sibuk dengan peperiksaan dia.Nanti siapa nak teman Mawar?"

Rambut Mawar diusap kebelakang

"Ummi janganlah risau,Mawar okay saja ummi. Lagi pun Mawar rancang nak buka booth mula tengahari sampai lepas asar je"

Tangan puan Dahlia di ambil sebelum diurut lembut memujuk wanita dihadapannya itu

"Okaylah kalau anak ummi cakap macam tu. Tapi kena ingat kalau rasa ada benda yang meragukan terus telefon ummi atau adik kamu"

Mawar mengangguk

"Terimakasih ummi"

   "Terimakasih ummi"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Jumpa?"

Jebat menggeleng

"Dah seminggu aku cari dia,tunggu dia buka booth tapi tiada" kepalanya didongakkan ke atas siling bilik pejabat sebelum melepaskan keluhan panjang. Sungguh akal Jebat sudah buntu memikirkan masalahnya

"Tak apa jangan cepat putus asa kita berdoa minta pertolongan dari Allah, kalau tak dapat juga kita ikhtiar cara kampung. Eh malam ni minum jom?"

Memang iblis, Mateo dijeling

"Pergilah, malas" ujarnya

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now