14

1.7K 90 9
                                    

Happy readinggg


Usai makan malam tadi terus sahaja mereka masuk kebilik masing- masing

"Jebat dengan Mateo kalau nak apa-apa ketuk saja bilik Maleeq, bilik dia dekat sebelah"
Ujar puan Dahlia sebelum pergi

Jam dilihat sudah jam sebelas setengah malam,mungkin semua dari mereka sudah berada dalam mimpi masing-masing tapi tidak dengan Jebat.Sekejap badannya dipusing ke kiri sekejap lagi ke kanan sampailah abang jamil mampos tak juga tidur-tidur.Entah sama ada dirinya yang tidak selesa atau Mateo yang terlalu bising

Mateo disebelahnya dipandang dengan penuh kebencian. Dengkurannya membuatkan Jebat tidak dapat menutup mata. Sebentar bunyi kerbau lepastu bunyi ketam

"Aku tekup kau dengan bantal ni kang"
Laki itu terbongkang tidur pakej air liurnya sudah meleleh di bantal Jebat, contoh manusia tak ada sivik

Jebat bangun dari baringnya bercadang untuk mengambil angin diluar. Pintu bilik dibuka perlahan menjenguk ke luar, kakinya terhenti melihat pintu utama di ruang tamu terbuka sedikit

"Siapa lagi yang tak tidur?" Bisiknya sendiri sebelum menjenguk keluar

Ada Mawar yang sedang duduk di serambi rumah bersama rambut panjangnya terhurai. Silap pandang boleh pengsan wo. Perlahan langkahnya mendekati Mawar

"Its almost twelve and you're pregnant,buat apa dekat luar ni?"
Tempat kosong disebelah Mawar diambil melabuhkan punggunya

"Tak baiklah perempuan mengandung berangin malam ni" Mawar disebelahnya dipandang, cantik juga bakal bini aku ni

"Saya tak dapat tidur. Awak, kenapa tak tidur?"

"Same goes to me, Mateo berdengkur mengalahkan babi"
Tercetus tawa kecil Mawar mendengar aduan Jebat. Wajah cantik itu masih ditilik Jebat, lama

"Kenapa awak pilih bunga mawar dengan pasu pula tu awak bagi"
Ujarnya memecah keheningan diantara mereka,sedar dirinya dipandang oleh Jebat

"Selalunya orang tua-tuakan suka tanam bunga kenalah juga ambil hati bakal mak mertua,jimat duit aku. Baja pun aku ada bawa dekat bonet"

Sekali lagi Mawar tergelak. YaAllah ada-ada sajalah lelaki dihadapannya itu. Dia kembali diam,nafas ditarik panjang

"Awak betul-betul ke nak khawin dengan saya?" Kini pandangannya sudah seratus peratus memandang ke arah Jebat, kakinya dipeluk

Seakan faham dengan suasana sekarang angin pun berhenti bertiup, berhenti membelai mereka. Hanyalah tinggal empat bola mata yang saling memandang dalam satu sama lain

"I'm a men not boy, Jangan risau aku akan tanggungjawab atas perbuatan aku. Aku sedia Mawar"

Mata Jebat dipandang lama mencari sebuah penipuan diantara mereka namun hanya adalah keikhlasan. Dia tersenyum lembut, kakinya ditarik oleh Jebat dari terus duduk begitu

"Sakitlah anak aku"

"Umur awak berapa?" Dia duduk bersila

"29"

"Tuanya" gumamnya perlahan

"Tch tua? Tua-tua gini pun stamina tinggi, tengok kau sampai dah mengandung"

Tergamam Mawar dibuatnya, bahu Jebat dipukul

"Apa awak ni tak senonoh betul"
Kepalanya menggeleng, mengapa begini bakal lakiku yaAllah

"Awak kerja apa?" Ujarnya kembali melemparkan soalan kepada lelaki itu

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now