special ramadhan two

952 60 2
                                    

Happy readinggg

  "Bukan Ikir lah mama"

Lelah sudah dia menidakkan kata-kata wanita dihadapannya itu. Tajam mata Mawar sambil mencekak pinggang memandang ke arah anaknya, Lekir

Sebelum pergi ke masjid tadi, berkali kali hingga naik berbuih mulut mamanya memberi pesan jangan ganggu atau buat nakal dekat orang lain. Tapi dia kalah dengan hasutan Mail. Sedangkan solat mereka belum pun sampai pada rakaat kedua

  "Habistu kalau bukan Lekir siapa? Awak nak tuduh pak imam yang sembunyi selipar dia sendiri? Dah terang terang selipar tu dekat tangan awak Lekir!"

Ah dia mulai takut, begitu juga dengan papa dan adik kembarnya dari tadi hanya mendiamkan diri, kedua mereka turut takut mendengar suara petir Mawar langsung tidak terlihat seperti ingin membantu Lekir

Seketika Lekir memandang Jebat ingin meminta bantuan dari lelaki itu, saat-saat getir ini dia perlukan pertolongan dari yang lebih arif dan yang berpengalaman di antara mereka bertiga. Namun hampa,saat pandangan mereka bersatu cepat-cepat Jebat melarikan pandangannya membuat tidak tahu. Kitonyo takut juga

Lekir melepaskan keluhan, kata kita beli beras. Ni apa ni?

  "Abang pun sama,jangan nak buat tak tahu! Mawar dah kata tak payah bawa anak tapi abang degil" kini pandangannya tajam menikam bola mata lelaki itu

  "Eh apa pula abang, abang tak ikut mainlah sayang"
Perlahan langkahnya hendak mendekati Mawar,ini menunjukkan tanda-tanda tidak bagus. Hari dah malam kau jangan buat hal bat

Ini kalau tak tidur bawah,mesti tidur luar hm

  "Berhenti sana! Arjuna jom tidur"

Laju kanak-kanak lelaki itu berlari mendekati Mawar tangan mamanya dipimpin masuk ke dalam bilik. Sempat dia menjelirkan lidah pada papa dan abang kembarnya, haha tidur luar ke tu

Jebat  dan Lekir diam diruang tamu, mereka pasrah. Masing-masing mereka menongkat dagu memandang sesama sendiri. Jebat tengok Lekir, Lekir tengok Jebat sampailah abang jamil mampos

  "Kita nak buat apa ni papa?"

Ah dia penat, papanya juga tidak memberikan tanda tanda ingin menyelesaikan masalah, dia tidak mahu tidur di sini, Lekir perlukan pelukan mamanya. Nafas dihela panjang

  "Nak buat apa lagi, tunggu je lah" jebat turut menghela nafas panjang

  "Tulah buat hal lagi, dengan papa sekali kena. Tu first time tu papa pergi masjid depan tu haa, awak pula pergi buat hal. Lepas ni nak tarawih dekat mana?"

Anaknya disebelah dijeling,kalau tak fikir budak ni anak dia dah lama dia sekeh kepala anak itu. Kedua-dua anak lelakinya keras tapi Arjuna dan Lekir sungguh jauh berbeza

Kalau Lekir keras macam dia, Arjuna keras macam mamanya. Lekir tak banyak cakap dan Arjuna mulut tak berhenti cakap, kalau nak dibezakan Arjuna dengan Lekir, Arjuna mungkin sinis tapi sinisnya tidak sesinis Lekir yang cakap main lepas dan tidak fikir perasaan orang. Perangai bapa sungguh

Kedua kembar itu tidak boleh berdekat, kalau tak salah seorang dari mereka muka biru, tangan hijau

  "Ishh berapa kali nak cakap bukan Ikir lah, bang Mail tu yang ajak. Bang Mail, BANG MAIL BUKAN IKIR"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now