39

1.1K 85 7
                                    

Happy readinggg

"Angkatlah yaAllah, call-call tak angkat ni dah kenapa?!"

Gumam Mawar sendiri geram,kali ini sudah masuk sebelas kali wanita itu mendail telefon suaminya tapi tidak diangkat begitu juga dengan mesej yang dihantar olehnya sama tidak dijawab

Jam sudah menunjukkan pukul lapan malam, hati dan fikirannya mulai tidak tenteram tetapi tetap dilawan segala benda buruk yang ingin menghasut fikirannya semua ditepis ketepi. Bibir tidak berhenti beristighfar, dia pegang janji lelaki itu

Sekejap duduk sekejap berdiri, seluruh pelosok rumah sudah dipusing untuk menenangkan fikirannya. Sekali lagi jarinya ingin menekan nama suami yang ada pada telefon bimbitnya. Namun jarinya terhenti apabila mendengar bunyi kereta di luar rumah

"Assalamualaikum"

Pintu ditolak dari luar, sosok tubuh Jebat melangkah masuk kedalam rumah diikut dengan Nilam di belakang lelaki itu

Berkerut dahi Jebat melihat Mawar yang memandang tepat bukan ke arahnya tapi ke arah gadis dibelakangnya

"Lambatnya balik, tadi cakap sekejap je"

Salam suaminya tidak dibalas, mata hanya memandang tepat pada longgokan beg kertas yang di pegang oleh Nilam. Sekilas mata Mawar memandang jam di dinding sebelum memandang suaminya

"Mateo lah banyak singgah. Penat" kaki melangkah mendekati Mawar, tubuh kecil itu didakap seketika membiarkan pandangan Nilam kepada mereka

"T-terimakasih abang belanja. Saya masuk bilik dululah kak, bang"

Tubuh ditundukkan sedikit sebelum masuk kedalam biliknya. Pandangan Mawar membuatkan dirinya tidak selesa, entah sama ada pandangan cemburu atau benci

"Mawar masak, abang nak makan atau mandi dulu?"

Tangan lelaki itu ditarik lembut dibawa duduk ke kerusi. Jebat tercengang, bagaimana dia boleh lupa untuk beritahu wanita itu yang dia sudah makan di luar bersama Nilam

"Alamak Abang lupa nak bagitahu sayang" dahinya ditepuk

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar

"YaAllah banyaknya misscall sayang, I'm sorry abang tersilent fon tadi. Abang dah makan dengan Nilam dekat luar"

Kata-kata suaminya ingin hampir membuatkan jantungnya ingin jatuh ke bawah, dadanya seperti dihempap sesuatu. Riak wajah biasa dipasang seumpama bicara suaminya tadi langsung tidak memberi kesan padanya

Wajah Jebat dipandang lama langsung tiada riak bersalah pada wajah lelaki itu sebelum dia memandang lauk-lauk yang dimasak olehnya petang tadi

Apa gunanya isteri kalau makan dengan perempuan lain dekat luar? Tanpa dia.

"Tapi Mawar-

"Esok abang makan ye, sayang tolong letak dalam peti sejuk sejuk. Abang nak mandi kejap" dia berlalu pergi

Pemergian Jebat hanya dipandang sayu olehnya,kelopak matanya mulai panas. Lauk-lauk tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dia turut melangkah pergi masuk ke dalam bilik

Mungkin ini yang dikatakan dengan ujian orang yang sudah berkhawin

Mungkin ini yang dikatakan dengan ujian orang yang sudah berkhawin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Abang pergi mana dengan Nilam tadi?"
Tempat dihujung katil diambil, memandang ke arah Jebat yang sedang sibuk bersama telefonnya. Mungkin ketika dia masuk tadi pun lelaki itu tidak perasan

"Tak ada pergi mana-mana, dekat mall je tadi dengan Mateo sekali"

Mata masih fokus memandang telefon bimbitnya, mata langsung tidak memandang Mawar yang sudah memasang riak wajah kesal dihadapannya

"Abang, Mawar tengah cakap ni kan"
Nada suara wanita itu sudah mulai berubah

"Ya sayang cakap je lah abang dengar"

"Kenapa Nilam tiba-tiba panggil abang "abang"?"

Perlahan rasa ingin tahunya mulai memuncak, dilihat suaminya juga langsung tidak peduli dengan apa yang terjadi, atau mungkin dia yang terlalu sensitif?

"Why not? Lagi pun dia panggil sayang kakak juga kan" mata masih tertancap pada telefon bimbitnya

"Abang please"

"Yes sayang abang, why?" Lembut dia bertanya, sekejap sahaja dapat meluluhkan hati wanita itu. Telefonnya di letak ke tepi sebelum mendekati isterinya

"Mawar bukan nak tuduh abang sebab Mawar pun tak ada bukti. But why do i feel you're getting closer to her lately-

"Sayang cakap apa ni?"

Pantas bicara wanita dihadapannya itu dipotong, berkerut juga dahi mendengar kata-kata isterinya. Tangan naik mengusap lembut belakang kepala Mawar

"Sayang penat sangat ni, you should sleep now" tangan isterinya ditarik membawa gadis itu berbaring di sisinya

"Just answer my question!" Nada suaranya mulai naik seoktaf, memandang tajam ke arah lelaki itu. Selagi dia tidak mengaku, selagi itu mereka akan kekal dalam keadaan sebegini

"I don't like your tone Mawar Eshaal"

Kedengaran nada lelaki itu juga mulai keras tapi masih lembut suaranya menasihati wanita itu

"Abang tak jawab soalan Mawar" dia juga mulai takut dengan suara suaminya

"What's wrong with my sayang, iblis apa yang masuk dalam fikiran isteri abang ni"

"Mawar bukan nak main mainlah"

" Me as well"

Isterinya ditarik ke dalam dakapan, ingin menenangkan kecelaruan di dalam kepala otak wanita itu. Dia juga keliru dengan perubahan isterinya, wanita itu tiba-tiba terlebih melayan perasaannya

Belum lagi ditambah dengan pandangan isterinya pada Nilam tadi, bukan dia tidak sedar dengan pandangan tajam isterinya itu namun dia juga tidak berniat untuk membela gadis itu. Dia benar-benar buntu dengan emosi isterinya

"Okay bunga abang please talk to me what's bother you sayang?"

"Perangai abang pelik, dari pagi lagi Mawar perasan"
Ujarnya wanita itu, air matanya yang dari tadi ditahan akhirnya sudah gugur. Sekarang ini dia hanyalah ingin tahu hal yang sebenar

"And what makes you think like that?"

Air mata yang jatuh ke pipi isterinya disapu lembut

"Abang gelak gelak dengan dia tadi lepas tu dia panggil abang "abang" " rungut Mawar

Tergelak Jebat mendengar pengakuan cemburu dari isterinya itu

"So bunga abang cemburu lah ni?sayang, am i not allowed to be polite with someone? I just trying to be more respectfull sayang"

Mawar hanya menunduk mendiamkan diri, sedar mungkin dirinya sudah keterlaluan meletakkan suaminya pada situasi yang tidak baik, dia salah

"Mawar Eshaal selamanya bunga abang, tiada yang lain. Jangan risau kumbang ni setia" kiri dadanya ditepuk bangga

"Don't think too much sayang. Come here, esok abang nak kerja"

Tubuh kecil itu dibawah masuk ke dalam dakapannya. Belakang Mawar diusap lembut mendodoikan isterinya

"Abang minta maaf buat sayang fikir bukan-bukan, goodnight sayang"
Ubun ubun Mawar dikucup seketika sebelum dia juga lena dibuai mimpi

Tanpa sedar ada yang sedang mendengar perbualan pasangan itu dari tadi










𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now