23

1.5K 73 1
                                    

Happy readinggg

"Morning sayang"

Bahu Mawar dikucup sebelum memusingkan tubuh si isteri menghadapnya. Wajah Mawar dipandang lama,memerangkap wanita itu di antara tangannya

"S-selamat pagi"

Kepalanya hanya menunduk tidak mampu membalas pandangan Jebat kepadanya.

Perasan akan warna pipi isterinya sudah berubah, senyuman sinis terukir di bibir. Makin ligat otak lelaki itu ingin mengenakan wanita dihadapannya

"What is my sayang doing, hm?"

Matanya makin dalam merenung Mawar. Tangan Jebat naik mengusap kepala isterinya

"S-saya nak buat breakfast, awak duduklah sana dulu"

Makin menyerlah senyuman sinisnya mendengar kata-kata Mawar. Makin gagap makin dia suka. Tubuh makin ditempel kebadan Mawar sehingga boleh didengari deruan nafas Jebat. Wajahnya didekatkan dengan wajah Mawar

"Why? Can't I see my wife making breakfast?. Nak I tolong you ke?"

Makin tidak tentu arah Mawar dibuatnya. Laju badannya dipusingkan tidak mampu menatap Jebat lama-lama

"Tak payahlah dah nak siap ni"

"Nak siap apa, telur pun belum pecah" ejek Jebat

Dagunya direhatkan dibahu isternya, memandang Mawar dari tepi. Makin menjadi jadi gelabah isterinya

"Ish awak ni sanalah"

"Okay sorry cantik" sekilas bibir Mawar dikucup sebelum meninggalkan isterinya bersendirian terpinga-pinga sendiri. Dia masih ingin memproses apa yang terjadi, terlalu cepat ia berlaku

 Dia masih ingin memproses apa yang terjadi, terlalu cepat ia berlaku

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.


"Dengar cakap suami tu jangan melawan apatah lagi membentak"

Kendengaran suara puan Dahlia di hujung talian memberi nasihat kepada Mawar. Rindu dengan anak sulungnya itu

"Ya ummi, insyaAllah Mawar tak akan buat macam tu. Bulan depan kita orang balik, ummi ada nak kirim apa-apa ke?"

"Tak sayang. Ummi tak nak apa-apa, nampak anak menantu dah pulang jenguk pun ummi dah bersyukur" ujarnya

"Ni jangan lupa pesan ummi tu, perut dah makin besar jangan buat kerja sangat, Mawar tu bawa nyawa dalam perut. Menantu ummi mana?" Sambung puan Dahlia

"Ya ummi sayang Mawar ingat. Jebat dah pergi kerja tadi"

Berkerut dahi puan Dahlia mendengar bicara anaknya

"Kamu panggil laki pakai nama ke? Tak boleh lah macam tu Mawar. Suami ni bukan kawan atau adik nak panggil macam tu cuba panggil elok sikit"

Dia mengeluh, dia bukan tidak mahu. Dia belum biasa lagi dengan panggilan manja pada lelaki, Jebat itulah lelaki pertama yang dia pernah kenal

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Där berättelser lever. Upptäck nu