35

1.2K 70 0
                                    

Happy readinggg

"Pinjam sinarmu Nurnilam Sari-

"Eh awak ni boleh diam tak? Dari tadi lagi memekak"

Jangankan telinga, hidungnya pun penat mendengar suara sumbang Mateo. Dia sudah tidak sanggup menahan derita, suara kalau best tak apa ini macam ayam nak kena sembelih

Dari pergi ke rumah Mail sehingga pulang dari sana pun, Nilam tetap diusiknya. Dia berani ganggu sebab dia tahu gadis itu tidak akan marah berlebihan. Makin monyok muka Nilam makin kuat usikan dari Mateo

"Nyanyi pun salah ke? Betullah orang cakap perempuan ni tak pernah nak salah asyik dia je nak betul"

Sindiran tadi berjaya membuat gadis itu mendongak melihatnya, amboi amboi. Tajam pandangannya melihat Mateo

"Apa kena mengena dia? Awak yang ganggu saya dari tadi, kenapa saya pula yang salah"

Dia berdiri tepat dihadapan lelaki, Nilam mendongak ke atas Mateo merenung kebawah. Masing-masing tidak mahu kalah berbalas renungan tajam

"Sudahlah tu dari tadi asyik bertekak je, penatlah saya tengok" ujar Mawar, penat sudah dia melihat dua manusia itu bergaduh tak henti-henti, boleh depress tengok lama-lama

"Saya nyanyi je pun dia nak marahlah!"

Nilam dijeling, kaki melangkah mendekati Mawar sebelum duduk di kerusi berhadapan wanita itu

"Mawar, adik awak dah mula kerja dengan saya kelmarin, keputusan SPM dia pun boleh tahan. Sesuai untuk dia dapat jawatan yang bagus"

Kopi dibuat Nilam untuknya tadi dihirup perlahan, hm pahit, macam kisah percintaan dia

"Puiiii! Ni kopi ke? Rasa macam pantat kuali, tak sedap!" Nilam dijeling sekilas sebelum dia kembali memandang Mawar, gadis itu memang sengaja nak kenakan dia

"Nak sedap pergi beli dekat kedai"
Giliran dia menjeling Mateo, kerja kerja mengemas kembali di sambung

Mawar hanya diam membiarkan, penatlah nak layan

"Alhamdullilah dia ada juga bagitahu saya, semoga dia kerja dengan baik"

Mawar senyum, dia bersyukur dikelilingi dengan orang baik, luka dihatinya dahulu kini terubati, segala ujian yang dia lalui selama ini, Alhamdullilah dibayar dengan kebaikan

Mateo mengangguk senyuman Mawar dibalas sebelum dia kembali duduk di hadapan Nilam. Jari jemari gadis itu dipandang, kosong

"Betul ke dah bertunang, cincin tunang mana?"

Terkejut dia mendengar pertanyaan dari lelaki itu, begitu juga dengan Mawar. Mateo dengan suaminya sama sahaja cakap main lepas

Dek kerena malu, Nilam menyorok tangannya kebelakang, terjah terjah orang ni memang biadap. Macam siapa guys? Macam Mstar, betul

"Ni pertama kali saya jumpa lelaki penyebok macam awak, pergi baliklah!"

Dia mendengus kasar, Mateo dijeling. Selagi lelaki itu ada dihadapannya selagi itulah hidup dia tak tenang. Kalau tidak difikirkan yang lelaki itu sepupu majikannya sudah lama dia hempuk kepala lelaki itu di kitchen island

"Sikit-sikit nak marah, tanya pun salah"
Wajah cemberutnya dipamerkan lepas ni cakap guna bahasa isyarat je lah, semua benda tak kena di mata gadis itu

Melihat wajah sedih Mateo membuatkan dia berasa bersalah, ayatnya tadi kasar sangatkah?

"Saya lari dari tunang saya, saya minta tolong dengan akak Mawar dengan suami dia untuk tolong saya. Dia orang yang nampak saya sebelum bawa saya balik sini"

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now