18

1.6K 85 1
                                    

Happy readinggg

Tangannya berkali kali dilap ke sampin sebelum berjabat, nervous pestime khawin

"Jebat Javien bin Keir"

Dia mengangguk, berkali kali nafas ditarik menghilangkan rasa takut, Mateo dibelakang dari tadi mengusap belakang tubuhnya

"Aku nikah akan dikau dengan Mawar Eshaal binti Jauhar yang berwakil walikan aku dengan emas khawinnya Rm 9999.00 ringgit tunai"

Nafasnya ditarik dalam

"Aku terima nikahnya Mawar Eshaal binti Jauhar dengan emas khawinnya Rm 9999.00 ringgit dibayar tunai"

"Sah?" Saksi dikiri kanan wali ditanya

"Sah" semua mereka menangguk

"Alhamdullilah"

Jatuh airmatanya begitu juga dengan si isteri. Perasaan Mawar saat ini sukar di ungkapkan sedih dan gembira semua bercampur baur. Dia gembira akhirnya hubungan mereka sudah halal dalam masa yang sama wanita itu juga mengharapkam sosok ayah yang menjadi walinya

Bukan tidak dicari, Jebat dan Maleeq menjadi saksi bagaimana dia bersusah payah mencari ayahnya sehinggalah pada akhirnya dia hanya mampu serahkan semua pada tuhan.

Dia hanya mengharapkan bahawa ayahnya tahu yang tanggungjawab lelaki itu sudah selesai dan kini dilepaskan pada suaminya. Sungguh patah hati terbesar seorang anak perempuan apabila melihat walinya bukan ayahnya sendiri

"Kau nangis ke?"

"Ha siapa?" Tanya Maleeq menyekat laju air matanya, buat tidak tahu

"Kaulah beruk"

"Tch aku nangis? Come on lah Manan, ni Maleeqlah" dadanya ditepuk bangga

"Habistu ni air kencing kau?"
Tangan Mateo naik menyeka sisa air mata yang mengalir dipipi Maleeq

"Diamlah"

Kedua mereka mendekati Jebat

"Congrats. Sepupu aku dah khawin tak lama lagi nak jadi bapa budak"
Tubuh Jebat ditarik ke dalam dakapannya lama, sebak sepupunya sama-sama membesar kini bakal ada kehidupan sendiri

"Sudah sudahlah tu, dia khawin dengan kakak aku bukan dengan kau" dia menjeling

Kaki dihayun berjalan ke belakang ke arah Mawar. Jebat mengambil tempat dihadapan isterinya. Cantik

"Assalamualaikum isteri"

"Walaikumsalam" dagunya didongakkan lembut oleh Jebat, ingin melihat wajah si isteri dengan lebih jelas. MasyaAllah

"People don't lie when they say angels exist"
Bisiknya merenung dalam ke mata Mawar

Mawar tersenyum, tangan Jebat dicium lama. Semua mata kini memandang ke arah mereka begitu juga dengan cahaya-cahaya kamera

"Cium dahi pula"

Jerit seseorang dari kalangan cameraman, membuatkan kedua pengantin kaku. Perlahan bibirnya melabuh di dahi licin Mawar, lama dahi itu dikucup

Nak tahu siapa yang paling bising? Tak payah tanyalah sudah tentulah dua ekor beruk itu, bersorak macam tengah tengok bola

"WOOO- okay"

Tajam mata puan kyla memandang ke arah anaknya, membuatkan lelaki itu terdiam begitu juga dengan Maleeq

"Hormat sikit. You ingat ni masjid daddy you ke?"
Masing masing menunduk malu, tahu pun nak diam

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now