26

1.4K 61 2
                                    

Isterinya yang sedang tidur dipandang lama mengusap lembut kepala wanita itu. Kata-katanya pada Mawar tadi pagi masih terngiang-ngiang dikepalanya, marah terlalu menguasai dirinya hingga tidak sedar dia meninggikan suara pada Mawar

  "Jaga anak ummi baik-baik Jebat, tegur kalau dia ada buat salah. Jangan pernah tinggikan suara atau naik tangan pada anak ummi. Kalau rasa dia gagal jadi seorang isteri yang baik tolong kembalikan dia macam mana ummi serahkan dia pada Jebat. Ummi sanggup, ummi masih boleh jaga dia. Tolong bimbing dia layaknya seorang suami membimbing isteri, sebab dia kurang semua tu Jebat"

Teringat kata-kata mertuanya dia kembali sakit,sepertinya dia yang gagal menjadi seorang suami. Dia takut, dia takut tidak mampu mengawal dirinya ketika marah

  "Isteri abang"

Pipi Mawar diusap lembut, lena isterinya tidur mungkin terlalu penat. Tangan isterinya yang dibalut dikucup lama, kalau mungkin dia tidak lalai perkara ini tidak akan terjadi

Tangan turun membelai perut Mawar

  "Papa minta maaf sayang"

Ah hatinya hancur lagi-lagi bila diingat kembali bagaimana Mawar berundur kebelakang dek kerana takut dengan dirinya

Kaki Mawar dipakaikan stokin sebelum dia naik membaringkan tubuh disebelah isterinya

  "Goodnight sayang"

  "Abang boleh tak Mawar nak pergi taman dekat depan tu lagi?"

  "Hm nak buat apa?" Tangannya naik membelai lembut balutan di tangan Mawar

  "Abang bukan tak nak bagi tapi siapa nak teman sayang nanti? Sayang tahukan Laila ambil cuti harini?"

Mawar mengangguk

  "Lagipun abang nak pergi Johor petang ni, sayang nak apa? tapi tak payah pergilah"

Isterinya geleng kepala

  "Tak nak Mawar tak nak apa-apa. Bolehlah abang"
Lengan Jebat digoyangkan berkali kali meminta simpati dari lelaki itu, Jebat diam tidak memindang isterinya. Kepala berpaling menghadap tv

Nona tv3

  "Boleh ya?" Wajah Jebat ditarik menghadapnya, mata dikedipkan manja beberapa kali

Ini yang tak tahan ni. Nanti cakap tak, boleh sebulan atau mungkin sampai beranak pun dia tidak dilayan oleh Mawar

  "Ye la, sekejap je. Sebelum jam 5 mesti dah kena ada dekat rumah. Telefon jangan lupa bawa"

Laju isterinya mengangguk

  "Baiklah terimakasih abang sayangggg"
Meleret suara memeluk lengan suaminya

  "Eh siapa sayang kau?" Wajah jengkel dipamerkan melihat isterinya, mengundang wajah monyok dari wanita itu. Muncung dah panjang sedepa

  "Eleh gurau sikit pun tak boleh, bak sini pipi tu"
Habis seluruh wajah isterinya dikucup, digomol geram

  "Ish abang" kepala Jebat ditolak menjauh tapi apakan dayanya melawan gorgon itu

Cuppp di mulut

  "Puas hati aku"

Mawar mengelap mukanya kasar sebelum menjauh, menjeling ke arah suaminya. Tidak mahu kalah isterinya turut dijeling. Seorang di utara seorang lagi di selatan

Lama suasana sekitar mereka sunyi sebelum Mawar kembali mengambil tempat di sebelah suaminya

  "Abang"

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now