special ramadhan

1K 59 2
                                    

Happy readinggg

  "Tak kejut Mawar pun" kaki melangkah mendekati suaminya yang sedang makan bersendirian, kerusi kosong disebelah lelaki itu ditarik sebelum melabuhkan punggungnya disana. Perutnya yang sudah semakin membesar diusap jalannya juga sudah tidak stabil

Jam di dinding di pandang seketika, sebentar lagi akan masuk waktu imsak

Jebat senyum memandang Mawar disebelahnya

  "Sayang, perempuan mengandung tak diwajibkan puasa tau. Kelmarin kelmarin pun dah dua kali sayang buka puasa pukul sembilan-

  "ABANG" pantas dia mencelah bicara suaminya, benda benda macam tu jangan nak ungkit-ungkit. Kita buka awal tak apa kita ngandung

Niat yang tadinya sekadar ingin bergurau terus terbantut tatkala melihat air mata yang jatuh mengalir di pipi isterinya. Jebat diselubungi rasa bersalah, isterinya terlalu sensitif

  "Yelah abang minta maaf, nah makan dah nak azan ni"

Mangkuk ditolak kehadapan isterinya. Lehernya dipanjangkan melihat isi di dalam mangkuk Jebat. Suaminya dan mangkuk dihadapannya dipandang bersilih ganti

  "A-abang makan maggi je?"

Jebat mengangguk

  "Yelah, lagi senang"

Jadi selama seminggu dari hari pertama puasa hingga la hari ini suaminya hanya menjamah mee segera itu? Dia seperti tidak berguna menjadi isteri, sepatutnya dia yang mengurus makan minum suami, rasa bersalah mulai menyelubungi dirinya

  "Kenapa makan m-maggi je?" Terlepas esakan dari bibirnya membuatkan lelaki itu terkejut. Sekali lagi airmata jatuh membasahi pipinya

  "Eh tak apalah, kan lagi senang-

  "Macam mana kalau abang tak kenyang? Macam mana kalau abang tiba-tiba gastrik? Kalau-kalau abang terpuasa separuh je? Mawar nak jawab apa dengan Allah nanti kalau suami tak kenyang?" Makin kuat tangisannya

Pertanyaan yang dilemparkan dari isterinya membuatkan lelaki itu menepuk dahi. Wanitanya ini terlalu sensitif, jam dipandang seketika berapa minit saja lagi akan masuk waktu

Belakang tubuh Mawar diusap lembut menengkan wanita itu

  "Sayang makanlah" sekali lagi mee ingin disuap pada mulut isterinya

  "Abang marah ke? Ke abang tak kenyang-

  "Tak, abang tak marah. Nah makan cepat"

Tangan Jebat ditahan oleh Mawar, memusingkan tangan lelaki itu menyuap dirinya sendiri

  "Abanglah makan dulu"

  "Eh sayang makanlah du-

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!

seruan azan memberhentikan tingkah mereka, dua dua terdiam. Masing-masing memandang ke dalam isi mangkuk yang baru dua kali dijamah oleh Jebat. Jebat meneguk air liur, nak marah tapi kena sabar

Isterinya dipandang dengan senyuman. Lagi lagi wanita itu diselubungi rasa bersalah, kalau tak kerana suaminya itu hendak melayan kerenahnya mesti mereka sudah kenyang

  "A-abang tak payah puasalah harini" lengan lelaki itu dikuis kuis, muka comel ditayangkan

  "Lepastu abang nak jawab apa dekat Allah nanti, sebab bini saya main main masa tengah sahur jadi kitorang tak puasalah. Macam tu?"

  "Abanggg, Mawar minta maaf. Mawar puasalah harini untuk abang ye" lengan suaminya dipaut. Jebat sudah menayangkan riak wajah pelik, ada pula macam tu

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now