30

1.5K 64 7
                                    

Happy readinggg

"Ummi minta maaf tak dapat teman isteri kamu berpantang tapi ummi dah sediakan barang berpantang di dekat bilik tu"

Jebat mengangguk senyum tidak mahu mertuanya berasa bersalah

"Tak apa ummi, ummi dah banyak sangat tolong kami. Biarlah Jebat pula yang jaga Mawar"

Seluruh ahli keluarganya masih bersedih dengan apa yang terjadi, laporan polis pun sudah dibuat. Berita isterinya diculik pun sudah tersebar luas di semua media massa. Tapi angkara siapa? Cukup yang nampk saja yang tahu

"Kirim salam dengan anak ummi tu, kalau ada apa-apa telefon aje ummi. Ummi balik dulu"

"Baik-baik ummi, pesan dengan Maleeq bawa kereta hati-hati"

Mertuanya hanya tersenyum mengangguk, kaki melangkah masuk kedalam kereta.

"Balik dulu bang!" Laung Maleeq dari dalam kereta, Jebat hanya membalas dengan anggukan

Langkah Jebat terhenti betul-betul dihadapan bilik yang sepatutnya menjadi tempat anaknya beradu. Pintu bilik ditolak perlahan ada isterinya sedang duduk didepan almari kecil, memeluk baju kecil berwarna merah jambu rapat ke dadanya

"Sayang" dia duduk mengambil tempat disebelah Mawar

Nampak wajah sedih isterinya sedang menanggung rindu. Ibu mana saja yang tidak sedih melihat tempat yang dikemas cantik oleh anaknya, tapi tiada berpenghuni. Rindu yang tiada penghujung

"Sayang abang mandi dulu jom" tangan naik mengusap belakang wanita itu, memujuk

"Mesti sephia comel pakai baju ni kan abang?" Senyuman sayunya dipamerkan

"Mestilah isteri abangkan cantik" anak rambut Mawar yang terjatuh diselitkan ke belakang telinga

"Jom mandi dulu, abang nak kena rebus air ubat sayang"

Mawar mengangguk, baju kecil tadi diletakkan di dalam almari kembali. Tubuhnya dicempung oleh Jebat dibawa masuk ke dalam bilik mandi, air di tub mandi dibiarkan mengalir. Perlahan tangan Jebat naik menarik baju Mawar ke atas

"Sakit abang" dia berdesis, tangan suaminya ditahan

"Mana? Sakit dekat mana?"

Dia panik menilik badan isterinya

Mawar menarik baju yang dipakainya perlahan-perlahan, buah dadanya sudah mulai membengkak. Dia pandang Jebat, muka lelaki itu juga berkerut

"Sakit"

Jebat mulai tidak senang duduk, lain yang sakit lain yang menggelupur. Tangan ingin menyentuh badan isterinya tapi ditarik kembali. Dia takut menyakiti Mawar

"Kejap sayang tunggu sekejap. Abang ambil telefon"

Mawar hanya diam mengangguk, tangan laju membuka goggle.

"Nak buat apa kalau buah dada isteri bengkak"

1.Tuam dengan tuala suam
2.pam dengan breastfeeding
3.sapu ubat krim
4.kau nyot nyot je la bang

"Bodoh ke apa?" Gumamnya sendiri telefonnya dibaling ke tepi. Dia turun kedapur sebelum naik kembali dengan tuala suam ditangan

"Abang minta maaf"

Tangannya naik membuka baju Mawar, aih malulah kitonyo. Tuala tadi di tuam lembut dibuah dada Mawar. Matanya melihat kearah wanita itu, Isterinya berdesis ngilu

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Onde as histórias ganham vida. Descobre agora