1 | Mr B?

7.5K 767 74
                                    

AKU Karmila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU Karmila. Aku hanya gadis biasa, menyara keluarga hanya dengan menghasilkan lukisan yang tidaklah setanding dengan pelukis handal di luar sana.

Baru-baru ini, aku telah menerima satu anugerah yang cukup bermakna bagiku. Anugerah Pelukis Muda peringkat kebangsaan bukan perkara yang mudah untuk aku dapatkan. Bertahun-tahun aku bertapa dalam bidang ini. Walaupun ramai yang tidak mengerti makna tersirat di sebalik lukisan ini, namun mereka di luar sana perlu tahu bahawa dengan cara ini juga aku mencari duit.

Ibu juga selalu membantah setiap apa yang aku lakukan dalam bidang ini. Kata ibu, ia membuang masa dan duit. Tapi tahukah ibu? Dengan bidang ini juga, aku mendapat apa yang aku impikan selama ini. Mempunyai Gallery Seni Karmila sendiri. Mempunyai pengunjung setia, juga pelanggan yang sama.

Ibu tidak tahukah? Bukan senang sekarang mahu mendapatkan pekerjaan tetap. Usah kata, sudah berpuluh syarikat aku minta, sudah berpuluh temuduga aku hadiri. Namun semuanya tetap sama, mereka tidak mahukan aku, ibu. Mereka hanya memilih pekerja dari background yang baik-baik sahaja.

Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku punya sekarang. Walaupun ia bukanlah satu pekerjaan yang tetap, walaupun bukan selalu orang datang membeli. Namun ia tetap menjadi punca rezekiku selama ini.

Kini, aku sudah mampu belikan ibu segala apa yang ibu mahukan. Dengan hasil ini juga, aku dapat membeli sebuah Toyota Vios dengan harga tunai, bukan secara sewa beli. Sehingga ia menimbulkan persoalan pada ibu.

"Banyak sungguh duit kamu, sampai boleh beli kereta cash?" soal ibu sebaik saja menuang air oren buatku, sempat pagi ini aku bersarapan bersama ibu.

"Dapat untung lebih ibu. Adik jual harga biasa je, tapi satu pelanggan ini nak beli dengan harga lebih sikit. Katanya lukisan adik berkualiti," aku menyuap nasi goreng itu ke dalam mulut.

"Berapa harga dia beli lukisan kamu tu?" Soal ibu lagi. Kini giliran ibu pula menyuap makanan.

"Dalam dua puluh ribu macam tu ibu," balasku biasa.

"Harga biasa kamu letak berapa?" Ibu masih ingin tahu.

"Seribu je ibu adik letak," balasku lagi.

"Banyak duit betul pelanggan kamu tu." luah ibu.

Aku angkat bahu.

"Ya kot ibu, sebab dia bukan beli satu je lukisan adik. Dia beli lima lukisan, ibu," bidasku.

Kali ini ibu tercengang. Aku tahu ibu mesti terkejut. Aku pernah rasa apa yang ibu rasa.

"Biar betul, adik?" Ibu minta kepastian.

"Ya lah, ibu."

Aku minum air oren sehingga tinggal tiga suku baki air tersebut.

Ibu diam sejenak, sebelum bersuara kembali.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now