10 | Pintu Hitam

3.6K 427 49
                                    

Sebaik saja Aida pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik saja Aida pulang. Aku ke dapur. Mahu mencuci cawan dan pinggan yang aku gunakan bersama Aida sebentar tadi. Selesai membasuh, aku simpan di tempat sepatutnya.

Sudah seminggu Aida mengalami kemurungan. Aku sangat bersimpati padanya. Aku tahu Aida sangat sayangkan Baby. Sejak Aida mengetahui yang dia mandul, dia mengambil keputusan untuk mengambil Baby. Aida sudah menganggap Baby seperti anaknya sendiri.

Hati siapa tidak remuk apabila terpaksa menerima kehilangan?

Ezra juga masih seperti dulu. Masih belum mengalah mencari bukti demi bukti tentang Mr B. Menurut Ezra, dia tahu yang Mr B pasti akan merancang sesuatu yang lebih dahsyat.

Aku juga setuju dengan Ezra. Walaupun sudah hampir enam bulan Mr B berdiam diri, tidak melakukan apa-apa. Ia tidak bermakna yang Mr B tidak punya sebarang rancangan.

Syukur juga kerana sudah hampir enam bulan aku tidak menerima gangguan dari Mr B.

Aku duduk berehat sebentar di atas sofa, cuba membuka tv. Kebetulan, siaran berita baru saja bermula. Aku kuatkan volume. Takut kurang dengar. Aku fokus pada dua pembaca berita itu.

"Pada petang ini iaitu tepat pada jam 2 petang tadi, negara telah pun digemparkan dengan penemuan mayat hampir seluruh ahli keluarga termasuk Tan Sri Borhan, ahli perniagaan terkenal dan merupakan pengasas produk The Beauty. Siasatan mendapati seluruh mangsa di sah kan mati di tempat kejadian, dan telah menerima beberapa das tembakan di tubuh setiap mangsa."

Aku tekup mulut. Terkejut. Sadisnya.

"Pihak polis juga telah menjumpai sekeping kad kecil yang tertulis perkataan I'm back di dalam sebuah kotak kecil."

"Kami juga mendapati bahawa anak bongsu Tan Sri Borhan yang berusia setahun tidak mengalami sebarang kecederaan."

Aku diam.

"Paling mengejutkan, pengirim kad tersebut adalah Mr B, suspek yang terlibat dalam dua kes pembunuhan bersiri sebelum ini."

"Pihak polis akan lebih komited dalam usaha menangkap pembunuh bersiri ini."

"Selain itu, mayat Tan Sri Borhan ditemui dalam keadaan organ badannya hilang."

Aku sebak, air mata sudah mula mengalir. Betul tekaan Ezra, Mr B akan muncul semula. Mr B tidak akan pernah bosan membunuh!

Kejamnya kau Mr B. Neraka adalah tempat terbaik untuk manusia seperti kau!

 Neraka adalah tempat terbaik untuk manusia seperti kau!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now