9 | Amsterdam

3.7K 423 21
                                    

Ezra sudah di tempatkan di wad biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezra sudah di tempatkan di wad biasa. Syukurlah tiada apa apa yang berlaku pada Ezra. Suntikan yang diterima oleh Ezra hanyalah ubat tidur. Ezra termenung sendirian di atas katil. Dia cuba mengingati sesuatu. Ezra cuba mengimbas kembali bayangan lelaki itu. Ezra picit kepalanya, mula rasa pening. Ezra tidak dapat mengecam dengan jelas wajah pembunuh itu.

Ezra hanya ingat, lelaki itu pakai mask hitam. Jadi sukar untuk Ezra melihat wajahnya dengan jelas. Hanya mata lelaki itu sahaja yang Ezra nampak.

Pakaian lelaki itu juga serba hitam. Hitam semuanya. Mujur hanya kulitnya saja putih. Kalau semuanya hitam, mahu pengsan Ezra melihatnya. Teringatkan orang hitam!

Mata Ezra jatuh pada Ed yang sedang berjalan menghampiri dirinya. Ezra ukirkan senyuman. Langkah Ed di ikuti beberapa anggota polis di belakangnya. Ezra fikir, pasti mahu menyoal siasat Ezra. Memandangkan hanya Ezra sahaja yang berada di tempat kejadian. Ezra sempat melihat semuanya dengan teliti. Cuma satu saja Ezra gagal. Gagal untuk menangkap dan mengecam pembunuh tersebut. Ezra mengeluh kecil. Kecewa dengan diri sendiri.

"Ezra, how you feel right now?" Soal Ed. Ed menjatuhkan punggungnya di sebelah Ezra. Ezra abaikan soalan Ed, dia kembali memandang dua anggota polis di depannya kini.

"Ezra, aku Sara dan ini Faiq. Kami dari unit siasatan jenayah." Ezra sambut huluran tangan Sara, selepas itu bersalaman dengan Faiq pula.

"Silakan duduk." Ezra mempelawa kedua anggota itu duduk di atas kerusi yang di sediakan. Sara dan Faiq angguk dan segera mengambil tempat masing masing. Sara mula membuka buku, pen ditekan. Faiq pula mengeluarkan telefon, mahu merekod hasil temu bual mereka nanti.

"Boleh kami mulakan, Ezra?" Tanya Sara. Ezra angguk perlahan.

"Boleh ceritakan sedikit ciri-ciri yang ada pada pembunuh terbabit?" Soal Sara. Faiq juga sedang menunggu jawapan dari Ezra.

"Tinggi dia 180 cm." Ezra diam, cuba mengingati sesuatu.

"Pakaian dia serba hitam. Semuanya hitam." sambung Ezra lagi.

"Muka dia?" Soal Sara.

Ezra picit kepalanya.

"Sorry, aku tak dapat cam muka dia. Sebab dia pakai mask hitam." Ezra kembali bersuara.

"Okay" balas Sara.

"Aku ada klu yang sangat penting untuk kita semua." Ezra bersuara lagi.

"Apa dia?" Semua menanti ayat Ezra yang seterusnya.

"Mata dia warna biru."sambung Ezra lagi.

Sara, Faiq dan Ed diam, cuba menangkap maksud sebenar Ezra.

"Dan, aku dah jumpa jawapan dan kata kunci yang selama ini kita cari, yang terletak pada nama Mr B itu" sambung Ezra lagi.

Semua tercengang, senyuman Ezra sudah naik ke telinga. Terima kasih Mr B, kau mudahkan kerja kami semua. Bisik hati kecil Ezra.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now