15 | Maafkan Ku Cinta (Akhir)

5.3K 497 195
                                    

Hari ini aku datang ke penjara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini aku datang ke penjara. Khairul ingin berjumpa denganku buat kali terakhir. Aku tidak datang sendiri, ada Ezra di sini menemani aku. Aku agak gementar untuk bertemu Khairul.

Aku duduk di atas kerusi yang di sediakan. Kelibat Khairul tidak kelihatan. Di mana dia?

"Ezra, mana Khai?" Sengaja aku bertanya Ezra, mana tahu Ezra punya jawapan itu.

"Ada je dalam tu, lepas ni dia keluarlah tu." Ezra sedang memujuk aku supaya bersabar sedikit. Aku akur.

Selepas itu, aku kembali gembira. Aku nampak Khairul sedang berjalan ke arah aku. Kerusi ditarik Khairul. Aku dan Khairul kini terhalang oleh cermin, hanya telefon yang terletak di situ saja menjadi medium utama untuk kami mulakan bicara. Khairul tersenyum melihatku. Aku pula, tidak membalas senyuman itu. Aku sebak. Aku terlalu rindukan Khairul.

Khairul mula memegang gagang telefon, dilekat kan telefon itu di telingannya. Telefon di hadapan aku berbunyi, tanda Khairul sedang membuat panggilan ke atas aku. Aku angkat perlahan, panggilan Khairul aku sambut.

"Sayang." perkataan itu dahulu yang keluar dari bibir merah Khairul, tanda dia tidak merokok. Aku angguk perlahan, tanda aku sahut panggilannya itu. Aku belum mampu untuk bersuara.

"Baby kita macam mana?" Mata Khairul kini jatuh tepat di perutku yang kini semakin membesar sedikit. Kandungan sudah hampir 5 bulan. Aku senyum saja.

"Baby rindukan papa dia." luah aku sayu, mataku sudah berkaca. Tisu dalam beg aku ambil, segera aku lap air mata yang sudah keluar sedikit itu.

"Jangan nangis sayang, saya okay di sini. Sini memang tempat terbaik untuk orang macam saya." ujar Khairul. Tangan Khairul sudah naik, melekat di cermin itu. Khairul cuba untuk menyeka air mata ku. Aku menangis kecil. Ezra sudah mula mengosok perlahan belakang badan ku.

"Saya boleh mohon dari mahkamah, untuk ringankan hukuman awak." aku berikan cadangan. Khairul menggeleng, tidak setuju.

"Tak usah sayang, saya memang patut terima hukuman ni." Khairul senyum, kini matanya pula berkaca.

"Maafkan saya Khai." aku lekatkan pula tapak tanganku di situ. Aku mahu menyentuh Khairul.

"Jangan minta maaf, tu bukan salah awak, Karmila." Balas Khairul

Aku menangis lagi.

"Karmila." aku toleh semula ke arah Khairul.

"Ya?" Aku balas.

"Boleh tunaikan satu permintaan dari saya?" Pinta Khairul. Aku angguk.

"Apa dia?" Aku sedia menunggu

"Lepas saya tiada nanti, awak tolong cari sesiapa yang layak menjadi papa kepada anak kita?" Aku diam, wajah Khairul aku tatap lama.

"Kenapa?" Aku ingin tahu.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now