4 | I Am Khairul

4.5K 515 24
                                    

Sudah tiga hari aku terlantar di hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah tiga hari aku terlantar di hospital. Menurut Ezra, aku tidak sedarkan diri pada malam kejadian. Ibu sudah ceritakan segalanya pada Ezra. Rantai berlian itu ibu pinjamkan sekejap pada Ezra untuk dijadikan bukti siasatan. Kini, kes semakim rumit. Menurut Ezra lagi, ada kemungkinan besar aku adalah target dia yang seterusnya. Menangis aku apabila mengetahui hal itu.

Seakan tidak percaya, mengapa aku dipilihnya? Mengapa dia masih mahu menganggu aku yang sudah jelas tidak mengenali dirinya itu?

Adakah aku ada buat kesalahan pada dia? Tapi apa? Dan siapa dia dalam hidupku?

Aku ketuk kepala berkali-kali. Sengaja cederakan diri, supaya aku dapat ingat tentang lelaki itu. Namun ia hanya perkara sia sia, sakit sahaja yang aku dapat. Ingat? Lansung tidak muncul.

Aku turun daripada katil. Mahu mengambil udara segar di koridor luar wad ini. Sementara tiada siapa yang datang, baik aku rebut peluang tersebut.

Sampai sahaja di koridor, aku mula tarik nafas panjang, beberapa saat sebelum aku hembuskan nafas itu. Aku berdiri di situ, melihat suasana indah pada petang ini. Ianya sangat menarik perhatianku. Dengan deretan pelbagai kenderaan di bahu jalan raya, ada yang masih mencari tempat letak kereta. Ada juga yang mula keluar daripada hospital. Aku tersenyum melihat situasi itu.

Sedang khusyuk menghayati permandangan indah, bulu romaku tiba-tiba berdiri. Seperti ada yang sedang memerhati dari belakang. Ada orang ke di belakang aku?

Aku beranikan diri. Aku berpusing ke belakang, cuba mencari kelibat sesiapa di belakang. Namun, tiada orang pula.

"Karmila karmila... Mana ada oranglah!" Bebel aku seorang diri

Aku mula teringatkan Mr.B. Segera aku ambil keputusan untuk terus masuk ke dalam wad. Rasa kurang selamat pula berada di sini. Aku lajukan langkah, tergesa gesa masuk ke dalam wad sehingga aku dilanggar seseorang sehingga jatuh terduduk. Aku tahan sakit di buku lali kaki kananku. Mungkin terseliuh.

Aku tiba-tiba rasa takut, cepat cepat aku menjerit kuat, sebelum ada satu suara menyapa halwa telingaku. Ia adalah lelaki. Aku lihat lelaki itu sedang duduk memandang wajahku. Dia tidak senyum, riak wajahnya seolah risau. Aku mula rasa gugup.

"Sorry, saya tak sengaja terlanggar awak sampai terseliuh macam ni." ujar lelaki itu sambil menyentuh bahagian kakiku yang mula merasa pedih.

"Awak kenapa menjerit? Saya bukan orang jahat pun awak." ujarnya lagi, sambil membelek lagi kakiku.

Aku mula rasa malu teramat. Itulah Karmila, lain kali jangan buat kerja gila.

"Awak okay tak? Boleh bercakap tak?" Soalnya pula, memandang aku aneh

Ah, malu lagi!

"B-boleh.." aku akhirnya buka suara

"Doktor! Kenapa ni?" Aku angkat kepala. Ada beberapa jururawat sedang menghampiri lelaki itu dan juga aku.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now