14 | Cinta Dan Benci

3.9K 405 32
                                    

Sudah sebulan peristiwa itu berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah sebulan peristiwa itu berlalu. Khairul lagaknya seperti tiada apa yang berlaku. Dia masih pergi bekerja seperti biasa. Hubungan kami masih okay.

Dan sebulan itu juga, seorang model terkenal iaitu Alice mati dibunuh di kediamannya. Aku tahu, pembunuhnya adalah suamiku sendiri.

Sudah banyak kali aku minta padanya agar berhenti daripada semua ini. Tapi Khairul tidak mahu mendengar. Katanya, pekerjaan ini sangat penting baginya. Setiap kali kami bertengkar, hanya tangisan saja yang aku dapat. Khairul memang tidak akan berubah.

Ezra di depan, aku pandang sekilas. Aku tahu Ezra mungkin perasan akan sikap ku yang tidak banyak cakap. Aku biarkan saja. Aku tidak mahu fake lagi.

"Kau okay tak, Karmila?" Soal Ezra.

Aku senyum kelat.

"Aku takut Ezra, aku takut pembunuh tu cari aku kelak!" aku sengaja menipu. Ezra hampir dan memeluk aku erat.

"Jangan takut, dia bukan Tuhan Karmila." balas Ezra. Aku angguk perlahan.

Ezra lepaskan pelukan. Aku tatap wajah Ezra. Perlukah aku berterus terang? Sampai bila aku harus begini? Aku tak sanggup lihat Khairul membunuh lagi.

"Ezra, boleh aku minta pendapat kau tentang sesuatu?" Ezra kembali memandang aku. Dia mengangguk.

"Aku ada baca satu cerita ni. Kisahnya tentang seorang wanita ni, dia baru tahu suaminya seorang pembunuh upahan lepas mereka berkahwin. Dia buntu, dia banyak kali pujuk suami dia untuk hentikan semua tu, tapi suami dia degil tak mahu. Hingga dia rasa macam nak laporkan pada polis, tapi hati dia berbelah bahagi. Di sayangkn suami dia.. Kau rasa apa yang patut wanita ini lakukan?" Aku kembali menanti jawapan dari Ezra. Ezra agak terkejut mendengar soalan aku itu. Aku telan liur, senyum tawar diberikan.

Ezra akhirnya menjawab.

"Kalau aku sendiri di tempat wanita tu aku akan rasa benda yang sama, Karmila. Bayangkan, orang yang kita cinta terlibat dengan jenayah macam tu? Siapa tak tertekan bukan? Tapi kalau aku, aku terpaksa serahkan dia pada pihak polis, Karmila. Aku tak sanggup tengok dia membunuh orang yang tidak bersalah, Karmila. Orang lain juga berhak hidup bahagia, Karmila." Ulas Ezra.

"Hmm, tu je kut pendapat aku. Lagi satu, kita tak boleh biarkan dia terus hanyut selamanya. Kita yang harus hentikan semua tu, Karmila." sambung Ezra lagi. Aku angguk.

Aku akhirnya menangis. Ezra terkejut, bahu aku disentuh Ezra. Aku tidak mampu menahan semua ini seorang diri. Aku tak sanggup melihat Khairul menjadi lelaki jahat. Membunuh sana sini. Sumpah aku tidak sanggup.

"Karmila, kau kenapa ni? Ada masalah ke?" Soal Ezra risau. Aku menangis, tidak hiraukan soalan dari Ezra.

"Karmila, kau kena ganggu dengan Mr B lagi ke?" Ezra semakin risau. Aku diam lagi.

"Karmila, bagi tahu aku!" Ezra sudah hilang sabar. Aku menangis lagi.

"Maafkan aku Ezra!" aku merintih. Ezra memandang wajahku dengan hairan sekali.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now