13 | Gagal Dikesan

3.8K 356 6
                                    

Sudah hampir sebulan pasukan Ezra dan pihak polis bertungkus lumus memburu suspek dengan menggunakan beberapa klu yang di jumpai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah hampir sebulan pasukan Ezra dan pihak polis bertungkus lumus memburu suspek dengan menggunakan beberapa klu yang di jumpai.

Walaubagaimanapun, semuanya tidak membuahkan hasil. Tiada siapa yang sesuai dengan ciri-ciri pembunuh tersebut. Sudah puas pasukan Ezra ke hulur ke hilir, memburu suspek tersebut.

Ezra menumbuk kasar meja kerjanya itu. Dia hampir tertekan. Ezra terasa dirinya di permainkan oleh pembunuh itu. Kata-kata lelaki itu mula terngiang ngiang di telinga Ezra

"Kalau belum cukup ilmu, janganlah berangan nak jadi Detektif Conan."

Ezra pejamkan mata. Cuba mengusir suara itu. Ia amat melemahkan Ezra setiap kali kata itu Ezra teringat.

Bodoh. Pandai lelaki itu mempengaruhi fikiran dan melemahkan semangat Ezra. Kini, Ezra sudah rasa yang dirinya seolah olah tak berguna. Ezra rasa dirinya tak ubah seperti sampah. Kerana dia masih belum dapat mengesan kedudukan dan siapa lelaki itu sekarang.

Ed yang sedang melihat kelakuan aneh Ezra itu, segera dia bangun menghampiri wanita itu. Dia tahu, Ezra mesti sedang berada dalam tekanan. Ezra yang masih menutup mata itu Ed tenung lama. Dia sebenarnya kesian melihat Ezra begini.

Sudah banyak kali dia memujuk Ezra supaya berhenti melakukan kerja ini. Sudah banyak kali Ed berbincang tentang perkahwinan mereka dan Ed merayu supaya Ezra berhenti berkerja apabila mereka berkahwin nanti. Selepas mendengar perkataan berhenti itu, Ezra terus berubah. Kata Ezra, dia tak akan berkahwin selagi pembunuh bersiri ini belum ditangkap yang disumbat ke dalam penjara. Itu prinsip baru Ezra yang Ed tahu.

"Ezra." Ed mula memanggil. Ezra yang terkejut itu di tatap lama Ed.

"Aku rasa kau patut balik, berehat." cadang Ed. Ezra merengus. Tidak setuju dengan cadangan Ed.

"Aku tak mahu." balas Ezra.

"Ezra, tak kan kau mahu bekerja dalam keadaan kau begini?" Bentak Ed.

"Apa maksud kau, Ed?" Marah Ezra. Fail di depan matanya itu lantas dibuka. Malas mahu melayan Ed yang over protective itu.

"Tak kan kau nak handle semua ni dalam keadaan kau penat dan tertekan, Ezra?" Fail yang dibelek Ezra laju di rampas Ed.

Ezra berang.

"Aku okay Ed!" Marah Ezra. Ed dipandang tanpa berkelip.

"Okay ke kau kata tu? Dari tadi aku tengok asyik picit kepala, mata terpejam pejam. Itu ke maksud kau okay?" Bidas Ed, mampu membuatkan seorang Ezra terdiam.

Satu papan paracetamol di keluarkan dari kocek seluar Ed. Ed hulurkan ubat itu kepada Ezra. Ezra sambut saja.

"Makan ubat, lepas tu rehat kejap.. Jangan buat aku semakin risau, Ezra." ulas Ed tegas. Ezra hanya angguk faham. Ada satu senyuman terukir di bibir Ezra. Dia tahu Ed amat mengambil berat akan dirinya.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now