3 | Rantai Berlian

4.8K 574 75
                                    

"Ibu, adik balik lewat sikit hari ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ibu, adik balik lewat sikit hari ni." aku memerhati ibu yang sedang sibuk menyapu di halaman rumah. Ibu pandang aku sekilas

"Adik nak pergi mana?" Soal ibu.

"Adik nak keluar dengan Ezra ibu." aku beritahu tujuan aku pulang lewat.

Ibu berhenti menyapu.

"Adik tahukan Ezra tu detektif?" Soal ibu kasar.

"Kenapa kalau Ezra tu detektif ibu? Salah ke dia kerja macam tu?" Soal aku pula. Cuba membela Ezra.

"Kamu tahu kan dia tengah uruskan kes bunuh Dato Reza tu? Tak takut ke keluar dengan dia? Kalau adik di apa-apakan macam mana?" Soal ibu lagi. Aku tersenyum melihat sikap ibu yang sentiasa risau akan diriku.

"InsyaAllah ibu, tiada apa yang akan berlaku. Ibu janganlah risau." aku cuba memujuk ibu.

Ibu memandang aku lama. Sebelum satu keluhan berat dilepaskan oleh ibu.

"Baiklah.. Tapi janji dengan ibu, kalau ada apa berlaku, adik call ibu terus." Ujar ibu sambil kembali menyapu.

Aku hampiri ibu, dan menyalami ibu seperti biasa. Aku buka langkah ke arah Toyota Vios. Pintu dibuka, aku masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Perlahan lahan aku memandu, pergi ke studio seperti selalu.

SEKALI lagi kotak hitam itu aku ambil. Ini sudah kali kedua dia menghantar kotak hitam ini kepadaku. Isinya masih sama. Cuma isi kandungan kad itu berbeza. Aku baca kad tersebut.

Dear Karmila,

Thank you, cantik semua lukisan awak. Semua lukisan awak saya ada. Cuma satu je saya tak ada.

Ianya adalah awak, Karmila - Mr.B

Aku simpan kad kedua itu di dalam beg sandang milik aku. Aku diam. Cuba fikirkan sesuatu. Siapa lelaki ini? Kenapa dia buat aku makin takut pula untuk ke mana-mana. Seolah-olah aku seperti di stalk seseorang? Tapi siapa?

Selain itu juga, kenapa dia berikan aku rose hitam? Aku rasa seperti ada maksud di sebalik semuanya. Di sebalik kiriman kotak hitam darinya. Juga, hasil lukisanku yang kini menjadi miliknya. Apa yang sedang dia lakukan?

Aku hela nafas panjang. Cuba bersikap positif. Mungkin ada sebab dia buat begitu. Mungkin dia cuba untuk mendekati aku melalui cara begini? Siapa tahu kan?

Aku simpan kiriman kotak hitam tersebut di dalam beg. Aku hampiri tempat yang sering kali aku gunakan ketika ingin melukis sesuatu. Aku duduk di atas kerusi tinggi itu. Kanvas kosong itu aku pandang kosong. Apa yang ingin aku lukis ya? Hmmmm...

Aku toleh ke arah meja, sekuntum rose hitam itu aku tatap lama. Serentak itu juga, timbul idea baru. Aku ambil sebatang pensel kayu, aku lakar sesuatu di atas kanvas itu. Sekuntum rose hitam aku lakar penuh hati-hati. Selepas itu, berus di ambil. Pastel warna hitam aku buka dan celup sedikit berus di dalamnya, sebelum aku warnakan rose tersebut. Latar belakang rose hitam itu biarkan sahaja. Biar kosong.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now