11 | Cinta Karmila

3.9K 432 22
                                    

Aku undur beberapa langkah ke belakang, Khairul juga sudah semakin hampir denganku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku undur beberapa langkah ke belakang, Khairul juga sudah semakin hampir denganku.

"Jangan dekat!" Aku memberi amaran kepada Khairul. Tangan ini jelas menggeletar, Khairul tidak mendengar. Langkahnya semakin dekat dan dekat, sebelum pergerakan ku dikunci oleh Khairul.

"Sayang, are you okay?" Soal Khairul lembut sekali. Tangannya sudah mula naik, membelai rambut ku.

"W-who are you?" Aku biarkan saja Khairul membelai, aku takut untuk melawan.

"Suami sayanglah." balas Khairul, senyumannya sudah terukir

"A-apa semua ni K-khai?" Aku masih bertanya, Khairul berhenti membelai. Dahi ku di cium penuh kasih oleh Khai. Aku sudah mula menangis lagi.

"I'm sorry, Karmila. Semua yang saya lakukan ni hanya semata mata untuk awak, Karmila." ucap Khairul.

Aku tolak tubuh Khairul hingga dia terjatuh. Aku berlari ke arah almari pertama, aku buka dan pisau rambo aku ambil. Aku toleh ke arah Khairul yang sudah lama berdiri di belakang ku. Pisau rambo itu aku tuju ke arah Khairul.

"Jangan apa apa kan aku!" Marah aku

"Sayang, saya dah bersumpah atas nama tuhan, saya tak akan cederakan sayang walau satu zarah sekalipun." jelas Khairul sambil tersenyum. Aku diam, cuba mencerna maksud Khairul sebentar tadi.

"And please sayang, jangan macam ni? Kesian dekat baby dalam perut tu." sambung Khairul lagi. Aku tersentak, dan serentak itu juga Khairul tangkas menangkap pisau rambo di tangan ku. Pisau itu dibuang ke tepi. Tubuh aku dipeluknya.

"I love you so much sayang, susah ke nak faham maksud saya?" bisik Khairul. Aku terpaku. Apa maksud Khairul tentang baby?

Aku angkat kepala, memandang Khairul.

"Apa maksud awak baby, Khai?" Aku mahukan jawapan.

Khairul tersenyum lebar.

"Sayang pregnant, dah masuk dua bulan." balas Khairul teruja.

Aku menangis lagi. Tubuh Khairul aku peluk erat. Bagaimana aku harus menghadapi semua ini? Pembunuh bersiri yang dikehendaki semua orang itu, adalah suami aku sendiri?

Macam mana aku mahu teruskan hidup kalau ada benih yang sedang membesar dalam perut ku ini? Benih milik Khairul, pembunuh itu? Aku sedang mengandungkan anak seorang pembunuh?

"Khai, adakah saya sedang bermimpi? Mimpi ni sangat menakutkan Khai!" Aku merintih di bahu Khairul. Rambutku diusap perlahan oleh Khairul.

"Tak sayang, semuanya bukan mimpi. Ia kenyataan baru yang harus sayang terima." Balas Khairul biasa. Aku menangis lagi.

Ia bukan mimpi, Karmila.

"Kenapa mesti membunuh, Khai?"

"Hanya dengan membunuh saja saya boleh dapatkan wang yang banyak sayang." balas Khairul.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now