5 | Terbitnya Rasa Cinta

4.4K 482 42
                                    

Sudah seminggu aku berada di sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah seminggu aku berada di sini. Duduk. Baring. Di atas katil hospital ini. Entah bila aku boleh keluar dari kurungan ini pun aku sendiri tidak tahu. Ibu pun jarang sudah menjagaku di sini. Sebenarnya aku yang minta ibu berbuat demikian. Aku kesian akan ibu. Ibu sudah tua, mesti penat menjaga aku yang sudah pun besar dan boleh menjaga diri sendiri. Aku mahu cuba berdikari.

Aku sejujurnya hairan. Sangsi. Curiga. Sikap Dr Khairul sangat membuatkan aku keliru. Dr Khairul terlalu mengambil berat akan kesihatan aku. Walaupun sudah beribu kali aku cuba positifkan diri bahawa semua yang dilakukan oleh Dr Khairul terhadapku sama seperti seorang doktor yang menjaga pesakitnya. Cukup setakat itu.

Tetapi aku tetap merasa aneh. Perasaanku juga aneh. Sepertinya, aku mula suka akan dia, mungkin?

Perkara yang paling membuatkan aku semakin pelik. Dr Khairul selalu menjaga aku pada waktu malam hingga masuk waktu Subuh. Bila ditanya mengapa dia berbuat demikian. Jawapannya mudah, tertidur di atas kerusi selepas melakukan check-up ke atas aku. Dr Khairul juga tidak perasan yang dia khusyuk tidur hingga azan subuh kedengaran.

Okay, ia mungkin boleh aku terima. Tetapi sudah empat hari Dr Khairul melakukan kesilapan seperti itu. Ini memang pelik. Bila ditanya lagi, dia hanya diam membisu. Membiarkan aku menunggu soalan yang tergantung itu, dijawab olehnya.

Bila direnung, di tatap wajah Dr Khairul itu. Seakan akan aku teringatkan seseorang. Entah mengapa, raut wajah Dr Khairul seperti aku pernah lihat. Bukan setakat melihat, malah pernah berbual juga?

Tetapi di mana?

"Arghh!" aku picit kepala yang sudah mula rasa pening. Makin difikir, makin sakit pula.

Dari jauh, aku lihat susuk tubuh itu. Dr Khairul berjalan ke arah katil ku mungkin. Wajahnya tidak seperti kali pertama aku kenal dirinya. Wajahnya seakan gembira. Tetapi gembira tentang apa?

BZZZZ

Aku mencari telefon ku serata tempat. Lupa pula mahu tukar mode biasa. Bantal aku terbalikkan, telefon ku ada di situ. Masih berdering. Nama ibu tertera di skrin. Aku senyum hingga ke telinga. Aku rindukan ibu. Lantas telefon tersebut di ambil, sebelum panggilan ibu itu aku sambut.

"Assalamualaikum ibu, ibu sihat?" Aku sempat bertanya khabar. Ibu menjawab bahawa dia baik-baik saja. Aku letak bantal di posisi biasa. Aku pusing tubuhku ke depan. Lantas figura seseorang di depan, aku tatap dengan reaksi yang cukup kaget.

Ia Dr Khairul.

Dia memandang tajam tepat ke mataku. Sebelum senyuman itu kelihatan. Aku masih lagi terkejut. Senyumannya itu aku balas lambat-lambat. Soalan ibu aku jawab satu persatu. Kami sempat bergelak ketawa apabila ibu sudah mula mengusikku tentang soal jodoh dan suami. Dr Khairul yang masih berdiri di situ aku biarkan. Takkan aku mahu tamatkan perbualanku dengan ibu hanya semata mata untuk seorang lelaki?

Tak relevan sungguh perbuatan itu.

Kami masih rancak berbual. hampir tiga puluh minit aku luangkan masa dengan berbual dengan ibu melalui talian. Sesekali aku pandang ke depan. Dr Khairul masih di situ. Tidak berganjak. Aku rasa aneh, kenapa dia masih setia menungguku? Ada sesuatukah yang ingin dia kata kan padaku?

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now