8 | Nice Try

3.8K 449 40
                                    

Ezra parkir keretanya tepat di depan rumah Tan Sri Borhan. Entah kenapa, Ezra rasa tidak sedap hati apabila memikirkan siapa yang bakal di bunuh oleh lelaki itu. Siapa target seterusnya?

Yang pasti, Ezra dapat menghidu sesuatu. Dia tahu bahawa target lelaki itu semestinya pada orang yang berpangkat, golongan VIP atau golongan yang terkenal. Kerana mengikut hasil siasatan Ezra sendiri, setiap mangsa yang dibunuh oleh lelaki itu adalah mangsa yang mempunyai kaitan dengan mangsa seterusnya. Contohnya, selepas kematian Dato Reza, bekas anak angkatnya pula mati iaitu Lim.

Jadi tidak mustahil untuk Ezra membuat andaian bahawa, target seterusnya adalah..

Bang !

Ezra terpaku. Matanya cuba mencari dari mana bunyi itu hadir. Pistol segera dikeluarkan dari poket seluar jeans birunya itu.

Bang !

Ezra segera keluar dari kereta, berlari masuk ke dalam rumah Tan Sri Borhan. Dia pasti, bunyi itu datang dari sana. Telefon di ambil. Nombor Ed di dail.

"Ed, call the police now, rumah Tan Sri Borhan!" Ezra terus matikan talian. Dia tahu, Ed mendengar segala butir bicaranya sebentar tadi.

Bang !

Ezra tunduk apabila terdengar bunyi tembakan itu. Lelaki itu masih ada di dalam?

Bang !

Ezra terus menendang pintu utama rumah itu. Pistol segera di acu ke depan, cuba mencari kelibat sesiapa di ruang tamu rumah ini.

"Jangan bergerak jika kau tak mahu di tembak!" Tempik Ezra, matanya masih meliar. Mencari susuk tubuh seseorang.

Tiada siapa di sini. Ezra melangkah perlahan ke dalam, penuh berhati-hati. Jam di tangan di jeling sekilas. Pukul 2 petang. Berani sungguh lelaki ini membuat serangan pada waktu begini?

Ezra masih melangkah perlahan. Pistolnya sekejap di hala ke depan, sekejap di hala ke belakang. Mata Ezra masih melakukan kerjanya. Ezra sikit tidak rasa takut, kerana perasaan marahnya kini semakin membuak-buak.

Langkah Ezra akhirnya terhenti. Tangannya sedikit menggigil. Kerana sekarang, Ezra dapat melihat dengan jelas. Matanya jatuh pada sekujur tubuh milik Tan Sri Borhan. Amat mengerikan. Tubuh Tan Sri Borhan seperti di robek. Matanya pula jatuh pada isteri dan dua orang anak lelaki Tan Sri Borhan, juga kaku tidak bernyawa. Ezra nampak jelas kesan tembakan di dada setiap mangsa.

Tap !

Ezra berpaling, dia mendengar sesuatu. Ini bermaksud, masih ada seseorang di sini!

"Shit!" Carut Ezra selepas dia nampak susuk tubuh seseorang sedang berlari ke arah dapur. Ezra segera mengejar lelaki itu. Picu pistol ditarik.

Bang !

Tembakannya tidak mengena. Lelaki itu tangkas mengelak, nampak sangat professional. Ezra berang, kakinya laju menendang kerusi.

Lelaki itu terjatuh kerana kakinya terkena kerusi yang ditendang oleh Ezra sebentar tadi. Selepas sahaja lelaki itu bangun, Ezra terus acukan pistol tepat di kepala lelaki tersebut.

Lelaki itu tertawa kecil melihat Ezra. Ezra fokus, tak mahu tertipu dengan helah lelaki ini.

"Usaha kau sia-sia je, jantan tak guna!" ujar Ezra sinis sekali. Lelaki itu ketawa lagi selepas mendengar ayat Ezra itu.

"Kau siapa sebenarnya hah!" Pekik Ezra, sudah hilang sabar. Lelaki ini asyik ketawa sahaja.

"Kenapa tanya? Nak ngorat aku eh?" Lelaki itu sengaja bergurau, mahu mengundang kemarahan Ezra.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now