2 | Misteri

5.4K 638 40
                                    

Selesai sudah event kedua untuk Gallery Seni Karmila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sudah event kedua untuk Gallery Seni Karmila. Aku berbual dan beramah mesra bersama beberapa pengunjung yang hadir pada hari ini. Ada yang memuji setiap lukisanku, dan ada juga yang memberi pendapat tentangnya. Aku tidak keseorangan. Aku ditemani rakan baikku, Ezra. Nasib baik Ezra cuti hari ini, walaupun kes terbaru itu belum menemui jalan penyelesaian. Aku rasa ada baik juga Ezra berehat sebentar. Bukan 24 jam bekerja, bukan 24 jam memerah otak mencari bukti dan memburu suspek.

Aku sebenarnya kagum akan Ezra, kerana tidak ramai wanita sepertinya sanggup menerima cabaran seperti ini. Sanggup membahayakan diri sendiri demi keselamatan orang ramai, dan juga negara.

"Tahniah beb, for today. Aku harap akan ada ramai orang beli lukisan kau lepas ini," puji Ezra yang berdiri di sebelahku. Aku hanya berikan senyuman kecil padanya.

Aku memandang sejenak beberapa lukisan yang berada di hadapanku kini. Semua ini bukan mudah untuk aku hasilkan, ia memerlukan ketenangan dan ilham. Sesungguhnya, kedua elemen itu tidak selalu datang. Aku tidak boleh memintanya hadir pada setiap saat. Kerana itu aku tidak suka apabila ada sesetengah orang yang memandang remeh akan kebolehan seorang pelukis.

"Aku tak pernah impikan ia sampai ke tahap ini, Ezra," balasku pada Ezra.

Ezra mula memandang lukisan-lukisan itu.

"Ia berbaloi dengan usahamu, kawan." Giliran Ezra pula membalas. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Macam mana dengan kes yang kau handle tu, ada maklumat baru?" Soal aku, sekadar ingin tahu.

Ezra mengeluh berat. Aku nampak raut wajah sedihnya sengaja ditutup dengan satu senyuman yang direka-reka untukku.

"Tiada." Cukup sepatah untuk aku faham maksudnya itu.

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, Ezra. Aku yakin suatu hari nanti dia akan ditangkap juga." Aku genggam erat tangan Ezra, memberinya sedikit kekuatan.

"Terima kasih, Karmila." balas Ezra.

Telefon milik Ezra berbunyi, tandanya ada panggilan dibuat untuknya. Ezra memandangku, cuba meminta izin untuk keluar sekejap agar mudah untuknya menjawab panggilan tersebut. Kerana Gallery ini cukup bingit dengan suara orang ramai. Aku angguk perlahan dan membawa tubuh Ezra keluar melalui ekor mataku.

"Hai, Karmila!" Aku disapa seseorang yang berdiri di belakangku. Aku segera menoleh. Ianya adalah Wei, lelaki yang selama ini menjadi orang tengah dalam proses membeli lima buah lukisan milikku pada bulan lalu. Yang pasti, aku tidak pula nampak sesiapa berdiri di sebelahnya. Maksudku, lelaki yang telah membeli lukisanku itu dengan harga yang sangat tinggi. Ingin juga aku bersua muka dengannya, mahu berterima kasih kepadanya kerana telah menghargai hasil lukisan milikku.

"Hai, Wei. Seorang sahaja?" Soalku dengan senyuman kecil.

Wei yang segak berkot hitam itu hanya memandang aku dengan senyumannya yang boleh aku kira agak manis. Tipulah kalau aku tidak tertarik akan rupa wajahnya yang boleh dikatakan agak tampan juga. Tapi apabila berfikir dia adalah seorang penganut Kristian, segera aku buang perasaan aneh itu.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now