6 | Kecewanya Ezra

4K 445 38
                                    

Hari ini merupakan hari yang paling, sungguh, dan amat bermakna bagi seorang Karmila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini merupakan hari yang paling, sungguh, dan amat bermakna bagi seorang Karmila. Kerana hari ini, seorang Karmila akan menjadi hak milik mutlak seorang Khairul. Tema yang dipilih sememangnya menjadi impian aku selama ini. Majlis akad nikah diadakan di masjid yang berdekatan dengan rumah. Segala kelengkapan sudah disediakan oleh Khairul. Aku sebenarnya sangat sengan kerana semuanya dilakukan oleh Khairul sendiri. Bila aku ingin menghulurkan duit atau bantuan, segera ditegah lelaki itu. Katanya, ia sudah menjadi tugasnya. Yang penting baginya, aku sudi menerimanya sebagai seorang suami dan seorang ayah kepada anak kami nanti.

Ada juga rasa curiga dalam diri, macam mana Khairul sempat mengumpul duitnya sebanyak itu sehingga ke hari ini. Pada majlis yang penuh gemilang dan mewah ini?

Kiraku, segala belanja yang terlibat sangatlah tinggi. Boleh mencecah ke angka ratus ratus ribu ringgit mungkin?

Paling membuatkan aku kaget, salah satu daripada hantaran dari Khairul kepadaku adalah sebuah rumah banglo yang lengkap dengan perabot. Tidak gilakah semua ini?

Tipulah kalau aku tak gembira. Malah mahu melompat katak mungkin, atau terbang gembira seperti rama-rama di luar sana. Tapi perasaan curiga itu tetap ada bagi orang biasa sepertiku.

Baju pengantin warna putih itu aku tatap lama. Setiap coraknya aku tilik satu persatu. Apabila dilihat semula, aku seperti memakai pakaian yang penuh dengan permata. Semuanya berkilau.

Sudah gaya seperti seorang Cinderella pula. Aku gelak kecil sambil berpusing, cuba ikut style Cinderella yang baru menerima baju cantik yang baru.

"Amboi future wife Khai ni, gembira gila nampak?" Ezra sudah tergelak kecil di belakangku. Cubaan untuk berpusing lagi terbantut. Aku berdehem, cuba mengawal riak yang sudah sememangnya malu teramat.

"Kau dah ready ke? Tinggal lagi lima minit sebelum majlis akad kau." Ezra kerling jam tangan yang terletak elok di tangan kirinya itu.

"Err, ready. Cuma..." Aku pandang wajah Ezra yang cantik bertudung hari ini.

"Cuma apa?" Ezra hampiri aku.

"Aku nervous lah..." Aku gengam tangan Ezra. Meminta sedikit kekuatan dari Detektif ini.

"Biasalah tu... Semua orang yang nak kahwin akan rasa macam kau. Chill je." Ezra cubit sebelah pipiku. Aku mengadu sakit. Lengan Ezra aku cubit. Kami ketawa selepas itu.

"Ezra." aku pandang wajahku melalui cermin di hadapan.

"Ya?" Ezra toleh ke arahku.

"Aku rasa pelik dengan Khai tu." luahku.

Ezra angkat kening. Tidak faham maksudku.

"Pelik kenapa?" Ezra setia mendengar

"Aku pelik, banyaknya duit dia buat semua ni..." Aku toleh ke arah Ezra pula.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now