7 | Tangan Berdarah

4.1K 440 64
                                    

Aku membaca akhbar yang dibeli oleh Khairul pagi tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membaca akhbar yang dibeli oleh Khairul pagi tadi. Hari ini Khairul cuti, tidak bekerja. Dan sejak pagi itu juga, Khairul menghabiskan masanya terperap di dalam bilik kerjanya itu. Entah bila dia mahu keluar juga aku tidak tahu. Mungkin waktu makan tengah hari nanti?

Aku belek helaian demi helaian, cuba mencari topik menarik pada hari ini. Hmm, tiada apa yang menarik. Tiada lagi berita tentang Mr B. Sejak pasukan Ezra tidak lagi diberi peluang untuk teruskan siasatan lebih kurang lima bulan lalu, tiada sebarang perkembangan mengenai pembunuh kejam itu.

Aku mengeluh. Takut pula bila Mr B itu diam tanpa sebarang berita. Adakah dia sedang merancang pembunuhan yang lebih kejam dan dahsyat?

Mujur ada Khairul, kerana aku berada selamat berada di sampingnya. Khairul begitu tekun menjaga setiap inci tubuh badanku. Ibu kini tinggal di banglo yang di berikan oleh Khairul. Rumah lama tidak di biarkan begitu saja, kerana Khairul telah mengupah beberapa orang untuk menjaga rumah lama itu.

Aku lupa akan satu perkara. Aku tidak ingat mahu berterus terang dengan Khairul tentang kejadian yang pernah menimpa diri ku dahulu. Tentang Mr B. Bagiku, Khairul perlu tahu tentang hal tersebut. Dia perlu tahu yang isterinya pernah menjadi target pembunuh bersiri itu.

Aku terkejut bila ada tangan yang menjalar di leherku. Sekali toleh, aku kembali lega. Ia adalah Khairul. Khairul sempat hadiahkan satu ciuman manja di pipiku. Aku tersenyum teruja. Tangan Khairul aku tarik untuk duduk di sebelah ku. Khairul turutkan sahaja. Akhbar itu aku lipat dan letak di atas meja kopi. Kini fokus utama adalah Khairul.

"Awak dah nak makan ke?" wajah tampan Khairul aku tatap lama.

"Sayang dah nak makan ke?" Ceh, soalan di balas soalan?

"Awak ni, saya seriuslah!" Aku cubit lengan Khairul. Khairul ketawa kecil.

"Okay okay. Saya makan kalau sayang pun nak makan." Jawapan Khairul buatkan aku tersenyum kecil. Khairul pandai menjaga perasaanku sebagai seorang isteri. Setakat ini, belum pernah Khairul naikkan suara kepada ku.

"Lepas ni boleh? Sebab saya ada benda nak bagi tahu awak." aku pandang lagi wajah Khairul.

"Sayang nak bagi tahu apa?" Khairul sedia menunggu. Aku tarik nafas dan hembus.

"Tapi awak kena janji, awak tak akan marah saya?" Aku menanti jawapan Khairul.

Khairul senyum sinis.

"Janji sayang, now cepat bagi tahu" Khairul angkat sebelah tangannya. Seolah berikrar. Aku senyum.

"Awak mesti tahu kan fenomena yang sedang melanda negara kita?" Aku tanya Khairul.

"It's about that murderer?" Teka Khairul. Aku angguk perlahan.

"Why? What wrong with that murderer? Soal Khairul.

Dear My Karmila [C]Where stories live. Discover now