1: Keinginan Hidup

164 3 0
                                    

Bicara tentang kehidupan
Sudah tentu ia bukan suatu yang indah
Sedari kecil lagi aku sudah benci dengan kehidupan.

Aku juga tak tahu apa yang membuatkan semua sebegini
Aku sendiri tidak mengerti.
Aku lebih suka khayal dengan duniaku sendiri.

Sedari kecil aku sudah mendengar setiap
keluhan orang keatas badan.
Sedari kecil aku sudah mula dipijak dan dibuang bila aku gagal dalam apa yang mereka harapkan.

Sedari kecil kita sudah disuap dengan dongeng bahwa kehidupan ini cuma ada satu tujuan.
Sedari kecil kita sudah dibiasakan dengan perlumbaan.
Kita dipaksa untuk terima bahawa hidup ini satu pertandingan.

Nyata kita silap. Hidup ini bukannya pertandingan, bukan juga perlumbaan.
Hidup ini perjalanan, dan dalam perjalanan itu kita akan bertemu suka dan duka, tangis dan tawa.

Tidak perlu kita selesakan dibawah,
Kita yang mencorak hidup kita.
Dari mana asal kita, bukan penentu dimana kita nanti.

Dan jangan hanya terus berkhayal dengan kehidupan.
Bangkitlah dan mulakan perjalanan. Lepaskan gari dalam hati itu dan buanglah badan.

Tak usah ikut susur alur langkah yang orang kata.
Ini hidup kita, kita mampu bina sendiri jalan kita.
Berjaya atau tidak bukannya alasan untuk tidak mula mencipta.

Semoga kita kekal tabah dan cekal menghadapi perjalanan ini.
Kehidupan ini satu perjalanan, bukannya satu destinasi.

-Benji Alforock

"Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu"
-Fynn Jamal (Terbang Tunduk).

Rintihan SanubariWhere stories live. Discover now