7: Berjaya

53 1 0
                                    


Ada yang berjaya ketika usia masih remaja
Ada yang belum sempat mengecapi rasa sudah binasa
Ada pula yang berkorban ruang dan masa untuk mengecapi rasa selesa
Ada yang tersungkur diperjalanan lalu bangkit pulang ke desa

Dan tak lupa juga dengan yang berniat untuk berjasa
Juga yang membanting tulang empat keratnya, tak pernah hirau dosa-dosa
Berdiri lagi dipentasan duniawi dan yang dikejarkan pula tinggal sisa-sisa

Percayakah setiap yang berlaku itu sudah takdir yang maha Esa?
Benar apa yang dikata, tapi garis takdir itu bukannya satu garis saja
Kita malah diberi kebebasan memilih jalan hidup oleh yang Esa!
... Segala keputusan yang akan diambil oleh manusia. Apa yang berlaku termasuk pemilihan dan ketetapan yang dibuat oleh manusia, berlaku dengan izin-Nya.

Wallahua'lam.

Sedikit nasihat dari diri ini bila berjaya nanti
Tak perlulah kau perli dengan jalan yang dia pilih
Tak usahlah kau cemari apa yang dia
minati
Apa kau mahu semua orang ikut apa yang kau ceburi?
Tak perlulah kau meninggi diri dengan apa yang kau kecapi
Seolah kau tak mengerti dengan apa yang bisa terjadi
Seolah kau lupa yang kita ini berbeza fizikal dan juga rasa hati

Dan jika kau belum berjaya pula
tetapkan niat dan betulkan diri juga
Usah hirau apa yang mereka kata
terus juangkan cita-cita
Usah dikejarkan harta
seperti yang mereka ada
Kejarkan saja apa yang kau damba.

-Benji Alforock

Rintihan SanubariWhere stories live. Discover now