13: Pandangan Dunia

41 1 0
                                    

Masih lagi berdiri di sini,
atas pentasan duniawi,
masih mengasah bakat berseni,
tak lupa mengumpul saham syurgawi.

Masih tercari hati yang merindu,
melangkah berseorangan belum bertemu,
hati sendiri menunggu, jiwa lama sendu,
jauh berjalan, banyak kenalan, bertambah ilmu.

Banyak mata-mata memerhati tingkah laku,
kadang segan hingga aku terkaku,
sentiasa diperhati menanti silap langkah aku,
pandangan mereka menusuk tajam bagaikan paku.

Ilmu kau tuntut kerna takut dicemuh,
cemuhan dan sindiran yang menjatuh,
tersilap niat hati menimba ilmu,
bagai menghalang air cuma menggunakan batu.

Ilmu dituntut sepanjang waktu,
selagi nyawa kekal ditubuh,
bukannya sekadar persalinan baju,
jadikan ia kulit setubuh.

Andainya hanya ingin mereka bisu,
atau cuma kerana ingin kerja bermutu,
ilmu masuk berpusu-pusu,
namun tak pula kekal disitu.

Pandangan dunia terhadap diri,
mata mereka sentiasa memerhati,
pentasan duniawi yang penuh juri,
membuka jalan sendiri mereka tak mengerti.

Buah fikiran baru tak mampu dihujah,
yang lama terpendam tak mampu diluah,
terpaksa menyusur alur dogma,
bila berbeza dikata mereka stigma.

Tak ingin dipinggir, lantas kau akur,
revolusi dalam minda yang kekal tersaur,
tak diterima mereka, lantas tak digalur,
maka lahirlah generasi penyadur.

Pentasan dunia yang penuh barisan juri,
adapun akal emas tak mampu berseri,
terlalu taksub dengan pegangan sendiri,
berjuta jiwa muda terseksa tak terperi.

Teruskanlah melangkah ke arah tujuan,
butakan mata, telinga pekakkan
biarkan kata-kata mereka diluar laluan,
nanti mereka diam bila kau berjaya buktikan.

Pandangan dunia takkan berubah,
jika kau tak berani membuka langkah,
hendak diubah, jangan mengalah,
setiap rintangan perlu kau jangkah.

Apa yang tersurat akan kau hadam,
ada yang tersirat, carilah makna.
buah fikiran emas jangan dipendam,
mulakan hujah, hapuskan dogma.

Terhapusnya dogma dan stigma,
hilangnya cemuhan, berubah norma.
dogma yang ada jangan disembah,
pandangan dunia perlahan kan berubah.

Sedikit pesanan kepada diri,
andai terjatuh, bangkitlah sendiri,
betulkan niat dan cuba lagi berlari,
bunga kan mekar bila tiba mentari.

Untuk berubah,
mulakan langkah,
kata dipangkah,
bongkah kan rekah.

-Benji Alforock

Rintihan SanubariWhere stories live. Discover now