2: Kejamkah Dunia

111 2 1
                                    

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia untuk menempuhi dugaan.
Mungkin ada yang sudah lali. Mungkin ada yang masih menyalahkan takdir, melawan sang pencipta.

Dunia ini tidak kejam.
Yang kejam itu manusia.
Manusia kan sentiasa menyakiti alam.
Yang lupa itu bukan dunia, tapi manusia.

Jangan pernah persoalkan kenapa ini terjadi.
Jangan pernah salahkan takdir yang kuasa beri.

Yang tak membunuh
buat mu kebal sehari lagi.

Lumrah manusia mempunyai perasaan...
Sedih, marah, gembira, kecewa.

Kalau kau mahu rasakan semua perasaan itu dalam satu masa,
kau cuma perlu merasa cinta,
cinta yang salah di alam fana.

Cinta, ya, dari perkataan itu saja kita dapat rasakan sesuatu.
Ada yang kata cinta itu cliché, Kerna apa mereka kata begitu?
kerna manusia.
Kerna manusia sentiasa menyakiti dalam sedar dan tidak sedar.

Sebab itu cinta, cinta bukan hanya untuk ditujukan kepada insan.
Lihat ke arah yang lebih luas untuk memahami apa itu cinta dan perasaan.

.

Dunia ini tidak kejam.
Dunia ini tidak pernah lupa.
Tapi dunia akan kelam.
Yang membuatkan dunia ini seperti alam fana adalah manusia;
Sering kali menyakiti, mudah sekali lupa. Mudah berjanji,
mudah memungkiri.

Kita cuma perlu ambil sedikit masa,
untuk pergi jauh.
Pergi meninggalkan segala yang membebani fikiran, ringankan beban
yang sudah lama dipikul.

Teruskan perjalanan ini,
abaikan mata jahat yang memerhati, cekalkan hati,
pekakkan telinga dari kata kata,
yang dilontarkan dari mulut mereka
dan buktikan pada mereka,
yang kau mampu lagi berlari.
Teruskan maju lagi
Buat terus hari ini,
tak perlu tunggu esok pagi!
Tumpu hari ini,
jangan tumpu yang sudah pergi!

-Benji Alforock

Dunia
Tidak
Kejam
________

Rintihan SanubariWhere stories live. Discover now