11: Harapan dan Angan

45 1 0
                                    

Terbang tinggi mengejar sinaran mentari
Lenguh pun sayap tetap mengepak tinggi
Terbang lagi terus mencabar diri
Patah sayap terjatuh ke titik mula lagi.

Harapan setinggi angan, seluas samudera
Memaksa diri sampai terlupa cacatnya pancaindera
Tidak peduli didepan penuh pancaroba
Menaruh angan segalanya ingin dicuba.

Terbang lagi mencabar diri
Terjatuh ke lembah tiada yang peduli
Terbang tinggi mengejar mentari
Tersungkur ke bumi kau sudah lali.

Menanti ia bagaikan peluang emas penuh setia dan sabar
Terik mentari membuatkan bendera putih ingin berkibar
Sesekali tersentak tersedar dari angan kau bangun
Memerhati persekitaran dan kau sedari kau ternyata masih pegun.

Perlahan terpacak tiang bendera
Bendera putih pudar warnanya
Mungkin tiba masanya menukar arah
Tak tertanggung lagi hari berdarah.

Tak usah kau buang masa menaruh angan dan harapan
Angan tinggal angan, tiada lagi nak dipertahankan
Manfaatkan usia mu mengejar yang nyata terpampang
Jangan dipersia melawan arus mengejar yang menentang.

Bukan niat nak melemahkan
Tak pernah terlintas nak mematahkan
Tapi kenapa dikejar yang melemaskan?
Lepaskan semua jadikan pengajaran.


Masih banyak lagi yang belum kau temui
Masih kekar lagi kaki mu berdiri
Masih ada peluang untuk kau menari
Usah dikesalkan apa yang terjadi.

Kuatkan hati melawan api
Cekalkan minda tumpukan misi
Api yang marak pastikan mati
Tetaplah berjalan tak perlu tangisi.

Percayalah adanya pelangi selepas hujan.

-Benji Alforock

Rintihan SanubariWhere stories live. Discover now