6: Rasa Cinta Ini

80 1 0
                                    

Tipulah kalau kau kata
kau tidak pernah merasa cinta.
Sudah fitrah manusia merasa cinta,
mungkin seawal usia mungkin ketika tua.

Akan hadirnya cinta tanpa diduga
mengetuk pintu hati mengemis kasih.
Datangnya juga menghapus duka
dan perginya pula meninggalkan perih.

Cinta itu boleh merubah sesiapa saja
dari buas menjadi jinak sekelip mata
dari malu menjadi ramah bersahaja
bersungguh berubah demi cinta

Berjanji pula setia selamanya
setia menanti dan bersama keakhirnya
tapi jika bukan itu yang dirancang-Nya
janganlah pula kau bersendiri merana

Cinta itu adalah rasa, rasa yang terbit dari jiwa suci.
Cinta itu kadangnya buta, datangnya pula menghancurkan hati.
Cinta itu kadangnya lemah, terbitnya sebentar bertamu dihati.
Cinta itu juga ada ajaibnya, boleh menyembuhkan dan malah memati.

Ada pula katakan cinta, tapi berpaksikan pula dengan nafsu tak bertepi.
Ada juga dari benci menjadi cinta dan sebaliknya juga bisa terjadi.

Cinta itu penuh misteri,
ada yang dijuangkan
ada yang ditinggalkan
malah ada juga yang terpaksa dilepaskan tanpa kerelaan.

Kerana manusia, istilah cinta itu kini tidak lagi suci.
Kini cinta tidak lagi menyinari hari agar sentiasa berseri.
Kini cinta hanya membuatkan hati merintih perih.
Tiada lagi kata cinta yang terbitnya dari hati.
Hanya yang tinggal adalah nafsu manusia yang tak bertepi.

Kerana itu ada yang mengatakan cinta itu hanyalah ungkapan basi.
Tapi definisi cinta itu janganlah disalah erti.
Jika terbitnya rasa cinta itu, cubalah untuk selami dan dalami.
Cinta itu bukan hanya untuk memiliki.
Jangan hanya nilai cinta dari suatu sudut yang biasa kau berdiri.

Rasa cinta itu bukan
hanya untuk dinantikan
dan ia juga bukan
hanya untuk dipersembahkan.
Cinta itu perlukan pengorbanan
dan kekuatan yang besar.

-Benji Alforock

Rintihan SanubariWhere stories live. Discover now