R A Y N I L H A M - 0 2 💕

10.3K 484 19
                                    

Pagi itu,

Rayn bangun awal kerana terlebih excited. Ye la, hari ini Encik Razif dan Puan Zakiah akan pulang ke Malaysia.

"eh abang!! Nak pergi mana?? "soal Rayn kepada Umar yang sedang menuruni tangga sambil memakai jam.

Kejap!!! Ya Allah!!! Handsomenya Umar Al-Khalid nihhh. Walaupun pakaian yang dipakainya simple, tetapi nampak kekacakannya disitu.

"amik umi dengan abah kat airport. "

"nak ikut, nak ikut!!! Tunggu jap, Rayn siap. "kata Rayn lalu mendaki tangga untuk ke bilik.

"aku tak ajak pun. Aku tak kata boleh pun. Lantak engkau la. "omel Umar

Beberapa minit kemudian,

Rayn turun ke tingkat bawah, mata melilau mencari kelibat Umar.

Jangan kata Umar tinggal dia.

"Mak Yon !!! "jerit Rayn

Mak Yon yang terkejut, terus berlari mendapatkan Rayn.

"mana abang Umar?? "soal Rayn

"la, Mak Yon ingat apalah tadi. Abang Umar tunggu dalam kereta. Dah pergi cepat. "kata Mak Yon

Terus Rayn berlari ke arah pintu. Kasut disarung ke kaki dan terus dia berlari mendapatkan kereta Umar.

Masuk sahaja, terus senyuman ditayangkan kepada Umar.

"perempuan, always late. "omel Umar.

Rayn yang mendengar hanya mendiamkan diri.

Beberapa minit berselang, mereka sudah sampai ke airport.

"Rayn, boleh tak sabar sikit?? Jalan perlahan-lahan la. "kata Umar kepada Rayn yang jalan bukan main laju lagi.

"cepatlah. "kata Rayn.

Mereka berdua menanti di balai ketibaan.

Nampak saja bayang abahnya, terus Rayn melambai.

"dah la pendek, ada hati nak lambai. "kata Umar.

"ishh."rungut Rayn lalu menolak Umar ke tepi lalu terjengket-jengket dia untuk menampakkan tangannya yang melambai. Ye la, ramai orang dekat depan.

Umar menggeleng lalu tangannya dinaikkan dan tubuhnya dijengketkan sedikit.

Terus Encik Razif dan Puan Zakiah tersenyum melihat kelibat Umar.

Rayn menjeling ke arah Umar. Sah!!! Abah dan umi tidak nampak dia.

Umar tersenyum bangga lalu meninggalkan Rayn.

Rayn cepat-cepat mengejar langkah Umar. Dia kan pendek, hilang nanti susah.

"eh, Rayn pun ikut?? "soal Puan Zakiah.

Rayn tersenyum lalu segera menyalami tangan Puan Zakiah.

"dah jom la kita balik. Abah dengan umi mesti penat."kata Umar.

Encik Razif dan Puan Zakiah mengangguk setuju.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"nak tolong. "kata Rayn kepada Umar

"tak payah la, duduk depan. Menyibuk je. "kata Umar

"aloo, nak tolong. "kata Rayn lalu merampas bawang yang berada di tangan Umar.

Puan Zakiah pernah beritahu Rayn, yang Umar memang suka memasak.

"aduhhh aduhhh. "Rayn mengadu sakit.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now