R A Y N I L H A M - 0 4 💕

9.4K 415 4
                                    

Pintu bilik bacaan Encik Razif diketuk.

Setelah mendapat kebenaran, barulah dia melangkah masuk ke dalam.

"ha Umar, duduk. "kata Encik Razif.

"ada apa Umar ??"soal Encik Razif.

"benda ni lama dah Umar nak tanya. Maaf kalau abah tak selesa. "kata Umar

"tanya apa tu?? "

"8 tahun yang lepas. Masa abah dengan umi outstation. "

"kenapa?? "

"ada sorang perempuan ni, dia datang nak amik Rayn. Dia kata dia mama Rayn. "kata Umar

Encik Razif mengeluh.

"dia ada bagitahu apa-apa ke?? "

Umar menggeleng.

"mungkin dah tiba masanya abah bagitahu Umar. "kata Encik Razif.

"apa dia??? "

"betul, tu mama Rayn. Izzani namanya. Dia anak orang kaya. Abah kahwin dengan dia pun sebab syarat ayah dia. Ayah dia kata, kalau nak harta jatuh pada dia, dia kena kahwin. "

"kebetulan, dia anak tunggal. Mustahil dia nak biarkan harta ayah dia jatuh kat tangan orang lain kan??? Jadi abah la jadi mangsa dia. "

"tapi, tak cukup. Lepas kami kahwin, mama Rayn mengandungkan Rayn. Dan lepas bersalinkan Rayn, mama Rayn tinggalkan Rayn dengan abah. Masa tu, Rayn still dalam hospital. "

"lepas Rayn dah 2 bulan, kami bercerai. Tapi, benda kelakar yang jadi. Atok Rayn, letak semua harta atas nama Rayn. "

"harta tu Rayn boleh tuntut bila umur dia dah 26 tahun dan keatas. Dan penjaga harta sebelum Rayn cukup umur adalah abah. "

"jadi, mama Rayn menyesal. Dan dia cuba pujuk ayah dia. Tapi tak berkesan. Umur Rayn 9 tahun, atok Rayn meninggal dan mama Rayn cuba amik dia dari abah. "

"pernah sekali, Rayn hampir diculik. Nasib cikgu sekolah ada kat situ. Bukan setakat tu je, rumah abah yang dulu. Entah berapa kali kena pecah masuk. Dan orang cuba bawak lari Rayn. Tapi tak berjaya. "

"dan akhirnya, abah pindah sini dan jumpa dengan umi Umar yang sudi menerima abah. Sayangi Rayn macam anak dia sendiri. "kata Encik Razif panjang lebar.

Umar mengangguk faham.

"senang cerita, Rayn selalu dalam bahaya. Sebab tu, abah selalu suruh Rayn pergi luar negara. Dalam negara ni tak selamat. "kata Encik Razif

"tak buat report?? "

Encik Razif menggeleng.

"Umar. "seru Encik Razif.

"ye?? "

"boleh Umar janji dengan abah?? "

"janji apa tuh?? "

"kalau abah tak ada nanti. Jaga Rayn dengan Affan untuk abah. Lindung Rayn. Boleh?? "

"Insya Allah abah. "

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"kakak!!! Bangun la!!! Raya!!! "jerit Affan yang berada di atas katil Rayn.

Perlahan-lahan Rayn membuka matanya.

Kelihatan, adiknya sudah lengkap berbaju melayu berwarna kelabu.

"handsome nya adik kakak ni. "kata Rayn.

Affan tersenyum.

"dah, pergi keluar. Kakak nak siap. "kata Rayn

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now