R A Y N I L H A M - 1 0💕

9.5K 345 22
                                    

Rayn melangkah keluar dari bilik darjah setelah habis waktunya mengajar.

"oi. "

Rayn terus berpaling bila seseorang menegurnya

"baru habis kelas ke?? "soal Fitra

"eh tak la, baru habis main masak-masak. "jawab Rayn

"eee kau ni kan. Ni aku nak tanya, kau dah tengok ke belum group wasap?? "

Rayn menggeleng

"nape?? "soal Rayn

"dorang ada buat program. "

"program apa?? "

"program dengan kerjasama TLDM. "

"hek??? So??? "

"nama kau tersenarai untuk uruskan program tu sebab kau guru kelas 4 Sains. Aku pun sama."kata Fitra

"bila??? "

"hari rabu. Lusa la. "

"no problem. "

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

2 hari berselang,

Rayn yang sedang mengajar terhenti kerana satu pengumuman

"pengumuman, pengumuman. Diminta semua pelajar, berkumpul di tapak perhimpunan. Diiringi dengan guru kelas masing-masing. Diulangi, guru kelas masing-masing. "

Rayn memandang anak muridnya yang sudah mengemas buku.

Dia mengeluh. Buku ditangan ditutup. Barangnya dikemas.

"beratur dulu!!! Tak beratur, jangan harap nak turun. "Rayn bersuara.

Serentak itu, mereka terus beratur.

"cepatlah cikgu. "

"ye ye sabar la. "kata Rayn

Dia terus keluar dari kelas. Mereka kena cepat sebab bangunan kelas mereka jauh dari tapak perhimpunan.

Dalam 2 3 4 minit berjalan. Akhirnya mereka tiba ditapak perhimpunan.

Dan nampaknya, kelas Rayn paling lambat.

"4 Sains!!!! Sini!! "panggil penolong kanan.

"tu, ikut PK. "arah Rayn.

2 barisan anak muridnya menuju ke PK.

"oi, ada suprise. "sapa Fitra

"kau memang tak reti bagi salam ke?? "soal Rayn

"ishh, tu. Nampak tu. Tu tu tu. "kata Fitra sambil menunjukkan seseorang dibahagian PA System.

"siapa??? "

"takkan abang sendiri tak leh cam. Dia baru pergi 2 bulan kot. "kata Fitra

"ouh, jadi?? Suprise ke?? "soal Rayn lalu mengambil tempat di barisan para guru

"dia jadi ketua harini. Dia yang kena bercakap dengan budak-budak. "kata Fitra

"kau ni excited lain macam apahal?? ".

"tak ada lah, kau tak bangga ke. Leftenan Komander Umar Al-Khalid, abang kau tu. "

"kau kalau aku cepuk, apa pun tak dapat. "

"assalamualaikum. "tiba-tiba suara garau itu bergema di tapak perhimpunan itu.

"uuu, lama tak dengar suara dia. "Fitra menyampuk.

Rayn mengeluh. Susah dapat kawan macam ni.

"perkenalkan diri saya. Saya Leftenan Komander Umar Al-Khalid. "kata lelaki itu. Ye, Umar la siapa lagi.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now