R A Y N I L H A M - 2 7 💕

10.5K 351 15
                                    

Perlahan-lahan mata dibuka, sekeliling di pandang. Muka diusap perlahan.

Dia bangun dari baringannya. Kedengaran pintu bilik mandi dibuka.

"morning."saya Umar

Rayn berpaling dan tersenyum memandang suaminya.

"nak pergi mana hari ni?? "soal Rayn.

Semalam, mereka sampai di Pulau Perhentian tepat jam 7 malam. Jadi mereka sempat makan malam sahaja, selepas tu terus pulang ke resort kerana Rayn kepenatan.

"first. Kita tunggu makanan sampai, okay?? Then kita breakfast kat sini lepas tu bersiap. Kita jalan-jalan. "kata Umar

Rayn mengangguk sambik tersenyum. Terus dia melangkah turun dari katil. Bilik mandi di tuju.

Umar hanya melihat susuk tubuh Rayn yang masuk ke dalam bilik mandi.

Keluar sahaja Rayn dari bilik mandi, satu tamparan angin hinggap di pipinya secara lembut.

Rayn terus menuju ke arah beranda. Kelihatan Umar sedang duduk sambil ditemani pukulan ombak yang memukul lembut tempat penginapan mereka.

"abang. "seru Rayn.

Umar terus berpaling dan berdiri. Sebuah lagi kerusi ditarik dan disuruh Rayn untuk duduk.

"thank you. "

"you're welcome. "kata Umar.

"Rayn nak yang mana satu?? Ni ke ni?? "soal Umar sambil menunjukkan dua pinggan yang berisi makanan.

Satu roti bersama mashroom soup. Satu lagi kuew tiaw goreng.

"nak tu. "kata Rayn sambil menunjukkan pinggan yang berisi kuew tiaw goreng.

"dah agak. "kata Umar lalu meletakkan pinggan itu dihadapan Rayn.

"dah pukul berapa?? "soal Rayn sambil menyimpang shawl jersey yang dipakainya.

"8.20. "jawab Umar

Rayn mengangguk. Sedang leka Rayn makan. Umar meletakkan sesuatu disebelah pinggan Rayn.

Kotak sederhana kecil itu dipandang Rayn.

"apa ni?? "soal Rayn sambil menjongketkan keningnya.

"Rayn punya. "jawab Umar dan terus menyambung suapan makanannya.

Rayn terus mencapai kotak sederhana besar itu lalu dibuka.

"cantiknya abang! "kata Rayn.

Gelang bersama rantai leher itu disentuh. Rantai itu berloketkan 2 cincin yang saling bercantum.

Sama juga dengan gelang tangan.

"meh abang pakaikan. "kata Umar. Dia berdiri lalu rantai di dalam kotak itu di ambil.

Dia menuju ke belakang tubuh Rayn. Rantai itu dipakaikan ke leher wanita itu.

Selesai memakaikan, dia kembali duduk.

"cantik. "puji Umar

Rayn tersenyum. Haih, sekarang ni Umar selalu buat dia tersenyum. Dia gembira, dia bahagia!! Abah!! Abang Umar jaga Rayn baik sangat!!

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Kalau Umar dan Rayn bahagia di Terengganu, lain pula cerita orang di Lumut. Jam 4 pagi.

Fitra sudah bangun memasak untuk sarapan Affan. Semalam Rayn wasap dia kata jangan lupa masak breakfast untuk Affan.

Selesai memasak bihun goreng, jam di lihat. Ui!! Masak bihun goreng pun sejam lebih ka??

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now