R A Y N I L H A M - 3 4 💕

12.9K 406 19
                                    

Umar tidak boleh duduk diam. Dia berulang alik di hadapan pintu bilik pembedahan.

"duduk boleh tak abang Umar?? Rileks. "kata Fitra

"macam mana aku boleh rileks, isteri aku kat dalam tu. "

"isteri??? Abang lupa ke, abang dah ceraikan dia?? "

Umar diam.

"Fitra. "tegur Syakir. Affan sudah pun tidur dipangku Fitra.

Beberapa minit berdiam, Syakir bersuara.

"berapa jam dah kat dalam?? "soal Syakir.

"dari pukul 10 tadi, ni dah pukul 7. Nak dekat 10 jam. "kata Fitra

"kau dah settle dah?? Siapa yang buat?? "soal Umar

"dah settle dah. Tapi, yang culik Rayn tu. Ibu Rayn sendiri. "kata Syakir

"aku dah agak dah. Mesti dia punya kerja. "omel Fitra

"dia tahu Fitra kat mana??? "soal Umar

"dia dah tahu. Dia asyik datang jumpa Rayn. Dari sebelum Rayn pregnant lagi. "kata Fitra

Tiba-tiba, pintu bilik pembedahan dibuka dari dalam.

"keluarga Puan Rayn ke?? "

Umar mengangguk.

"alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Puan Rayn selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan seorang bagi perempuan. Tapi, Puan Rayn masih lemah kerana kehilangan banyak darah. Bayi-bayi pula kami terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Insentif Neonatal untuk beberapa hari. "

Umar, Fitra dan Syakir mengangguk faham.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Umar melangkah masuk ke dalam bilil wad yang menempatkan Rayn.

Kerusi yang terdapat disebelah katil Rayn di duduki.

"abang minta maaf Rayn. "kata Umar

Dia tak boleh menyentuh Rayn. Gadis itu, bukan miliknya lagi.

"abang menyesal. Betullah apa yang Syakir cakap, abang ego. Abang buat semua ni sebab ego abang. "

Wajah pucat Rayn di pandang.

Dia mengambil masa 30 minit, hanya untuk merenung dan menyesali perbuatannya kepada Rayn.

"abang Umar. "seru Fitra

Umar mengangkat wajahnya.

"pergilah balik. Bawak Affan sekali. Biar Fitra jaga Rayn. "kata Fitra

Umar mengangguk. Dia terus mengatur langkah keluar dari bilik wad itu.

"bro, kau nak jumpa anak kau tak?? "Syakir terus menyapa Umar.

"dah boleh jumpa ke?? "

"dari luar la. Baby kau dalam inkubator."Kata Syakir

Umar mengangguk. Umar terus memimpin tangan Umar mengikut langkah Syakir.

Umar tersenyum sendiri bila terlihat 2 anaknya yang berada di dalam inkubator yang berada di dalam wad NICU itu. Dia hanya mampu melihat dari luar bilik.

Jelas tag pada inkubator bayi itu. Bayi kepunyaan, Puan Rayn Ilham.

"baby kakak ke?? "soal Affan

Umar mengangguk.

"ada dua ke?? "soal Affan lagi

"ye. Yang tu lelaki, yang ni perempuan. "kata Umar sambil menunjukkan 2 inkubator yang berada berdekatan dengan cermin wad itu.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now