R A Y N I L H A M - 4 3 💕

10.9K 372 24
                                    

Pintu bilik wad itu dibuka perlahan-lahan. Mata melilau memandang sekeliling bilik itu.

Selepas memastikan tiada sesiapa dia dalam, Nani melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Suasana bilik itu gelap. Hanya ada cahaya dari lampu malam yang berada di sebelah katil.

Katil dilihat. Kosong.

Nani mengerutkan dahi.

Tiba-tiba, beg tangannya direntap kasar dari belakang dan itu membuatkan dia terkebelakang dan jatuh terduduk. Terjerit kecil dibuatnya.

"adui!!! "Nani mengadu sakit.

"eh!! Nani!! Ya Allah, saya minta maaf. Saya ingat siapa tadi!! "

Nani mendongak memandang gerangan itu.

"ish!!! Tangan dah patah sebelah pun nak main tarik-tarik lagi!! "marah Nani.

Syakir tersengih.

Tudungnya dibetulkan dan dia bangun dari duduknya.

Mata tak beralih dari menjeling Syakir.

"awak buat apa kat sini?? "soal Syakir

Nani diam.

"kakak awak call saya tadi. "

"ouh, saya yang suruh. Sebab nak suruh awak inform Rayn. "

"tapi, kakak awak tak bagitahu pun pasal Umar. Dia bagitahu, pasal awak je. "kata Nani

Syakir tersenyum nakal.

"jadi..... Awak datang sini sebab risaukan saya la ye?? "

Nani menjeling lelaki dihadapannya.

"perasannya!! "

"betul lah tu kan?? Kan kan kan?? "

"nak patah lagi sebelah ke tangan tu?? "

Syakir tersengih sambil menggeleng.

Syakir melangkah ke arah katil dan melabuhkan punggung di atas tilam.

"apa jadi sebenarnya?? Macam mana Umar boleh cedera parah?? Awak pula, siap patah tangan lagi. "

"kitorang bergelut dengan penceroboh. Tu je. Tak sangka dorang mengganas dan bawak geng. "kata Syakir

Dia hanya mampu memberitahu itu sahaja.

Nani mengangguk.

"awak buat apa kat sini?? Kat Lumut?? Rindu saya ek?? "

"jangan la perasan. Saya stress tau kat KL tu. Baru berapa bulan, macam-macam jadi. Itulah, ini lah. "rungut Nani.

Syakir hanya mendengar sambil tersenyum.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"mana?? "soal Nani bila melihat Rayn turun bersama Raisha di dukungan.

"kerja la. "

Nani mengangguk.

"lupa. "

"kau boleh jagakan twin kan?? "

"hiks, aku ni dah pakar la dengan dorang. "

"nice. Aku pergi dulu. "kata Rayn

Raisha dicium sepuan hati.

"Raiyan kat atas, tengah tidur lagi. Nanti bagi dorang minum susu. Dalam pukul 10."

Nani mengangguk.

"aku tahu la mak cik. Don't worry. Dah pergi cepat. "

Rayn mengangguk.

Dia terus keluar dari rumah.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now