R A Y N I L H A M - 1 2 💕

8.8K 347 20
                                    

Rayn duduk termenung sambil menunggu anak muridnya menyiapkan latihan yang diberikan sebentar tadi.

Dalam otaknya, sedang memikirkan masalah-masalah yang sedang menimpa dirinya.

Entah berapa lama dia termenung sampai Anas, ketua kelas 4 Sains menegurnya.

"cikgu, cikgu kata 15 minit je. Ni dah nak masuk 25 minit. "

Rayn terus tersedar.

"Ya Allah, sorry sorry. Cikgu mengelamun. "kata Rayn lalu berdiri.

"cikgu fikirkan cikgu Arif la tu. "

Rayn tersenyum pahit.

Beberapa minit berlalu akhirnya Rayn keluar dari kelas terakhir yang dia mengajar hari ini.

Sampai dibilik guru, dia terus disapa Fitra.

"kau okay tak ni?? "soal Fitra

"aku okay, aku nak balik. Nak ambil Affan. "kata Rayn

Fitra mengangguk

Rayn terus mengemas barang dan terus keluar menuju ke kereta.

5 minit memandu, dia sampai di sekolah Affan.

Kelihatan Affan sedang bersama seorang guru. Bukan Affan sorang je, ada budak-budak lain.

Sekolah ni taska dan tadika. Tadika dari pukul 8 sampai 12. Taska pulak dari 7 pagi sampai 6 petang.

Jadi, Rayn tinggalkan Affan sampai pukul 1. Jadi kena bayar lebih la. Rayn pun hantar Affan awal.

Selesai mengambil Affan, Rayn terus balik ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, kereta di parking.

Rayn turun dan ingin menutup pagar namun sebuah kereta tiba-tiba muncul dihadapan rumahnya dan dia sangat mengenali kereta itu.

"abang."seru Rayn

"aku nak cakap dengan kau. "kata Umar

"jom la masuk. "kata Rayn

"tak apa, kat luar je. "

Rayn mengangguk

Dia membukakan pintu untuk Affan,

"Affan masuk dulu tau. Terus mandi. "

Affan mengangguk.

"abang nak cakap apa?? "soal Rayn

"aku akan kahwin dengan kau. "

Rayn memandang Umar, tidak percaya.

"tapi, aku takkan putus dengan Zahra. "

Membulat mata Rayn.

"minggu depan, before aku balik pangkalan. Kita pergi Jabatan Agama Islam. "kata Umar

"abang sure ke ni?"

"aku dah fikir masak-masak. Jangan bagitahu sesiapa yang kita dah kahwin kecuali Fitra. Dan suruh Fitra simpan rahsia ni. "kata Umar lalu beredar dari situ.

Rayn meraup mukanya.

Betul ke apa yang Umar buat ni??? Zahra??? Macam mana dengan Zahra??

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Seminggu berlalu

Fitra datang ke rumah Rayn awal pagi.

"jagakan Affan. Aku nak pergi dah ni. "kata Rayn

Fitra mengangguk

Dipeluk tubuh sahabat baiknya itu.

"dah nak kahwin dah kawan aku. Senyum sikit. "kata Fitra. Air mata sudah bertakung.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now