R A Y N I L H A M - 2 9 💕

9.6K 363 11
                                    

Rayn merenung batu nisan yang berada di hadapannya.

Umar berada di hadapannya. Kubur umi dan abah bersebelahan.

"abah. "seru Rayn

"Rayn rindu abah. "kata Rayn perlahan.

"abah, kenapa mama jahat sangat?? "

"abah nak tahu tak, harini Rayn datang dengan abang Umar dengan cucu abah. Abang Umar dengan Rayn dah kahwin abah. Macam apa yang abah minta. Kalau abah ada, mesti semua ni tak terjadi kan?? "

"mesti abah akan lindung Rayn. Mesti abah akan jaga Rayn. Rayn rindu dekat abah. Tapi, ni takdir yang dah tertulis. Ni takdir Rayn abah. Rayn tak boleh elak atau lari. "kata Rayn

Umar kembali duduk disebelah Rayn.

"jom, kita sedekahkan Yasin dan Al-Fatihah. "ajak Umar

Rayn mengangguk.

Beberapa minit berselang, mereka melangkah keluar dari perkarangan kubur itu.

"minggu depan, abang dah pergi pangkalan tau?? "

Rayn mengangguk. Umar membukakan pintu kereta untuk Rayn.

Rayn melangkah masuk ke dalam. Selesai itu, kereta mula bergerak.

"nanti sebulan sebelum Rayn bersalin, abang balik. Lepas tu, abang temankan Rayn berpantang. "

Rayn mengangguk.

"tapi, boleh ke abang teman Rayn pantang?? "soal Rayn

"kenapa cakap macam tu?? Mestilah boleh. "

"kan abang dah kahwin dengan kak Zahra nanti. "

Umar terdiam. Dia hampir terlupa akan perkara itu.

"alah, boleh punya la. Kak Zahra mesti faham. "kata Umar setelah beberapa minit terdiam.

Rayn mengangguk.

Harap semuanya berjalan lancar.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Sudah 2 hari Rayn pulang ke rumah. Segalanya kembali seperti biasa.

"Rayn, abang keluar kejap tau. "

Rayn berpaling memandang Umar yang sudah berada di hadapan pintu.

Rayn mengangguk.

Umar terus melangkah keluar. Dia mahu berjumpa Zahra. Ada hal penting katanya.

Dia memandu ke arah pekan. Sebuah kafe menjadi tujuannya.

Dia terus melangkah masuk ke dalam kafe. Kelibat Zahra dicari.

Setelah menangkap kelibat gadis itu, dia terus berlalu ke arahnya.

"ada apa nak jumpa?? "soal Umar

"assalamualaikum. "kata Zahra

"waalaikummussalam. Ada apa nak jumpa saya?? "

"haik, nak jumpa bakal suami sendiri pun tak boleh ke?? "

Umar diam.

"saya nak bincang dengan awak. Harap awak setuju. "kata Zahra. Serius.

"apa dia?? "

"saya nak percepatkan perkahwinan kita. "

"tak boleh. "

"kenapa pulak??? "

"3 hari lagi saya kena balik pangkalan. 2 bulan saya kat sana. "

"okay la tu. Seminggu lepas awak balik, kita nikah. "

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now