R A Y N I L H A M - 1 3 💕

8.9K 358 6
                                    

2 hari Rayn menjaga Affan yang demam. Nasib baiklah hari Isnin cuti. Cuti sekolah 2 minggu.

Petang itu, Fitra datang menyerbu rumah Rayn.

"kau tak de kerja ke petang-petang serbu rumah orang?? "soal Rayn

"tak de. "jawab Fitra

"ni aku datang bukan saja-saja. Aku nak ajak kau pi Cameron. Amacam??? Mau?? "

"Cameron???? Serious la??? "

Fitra mengangguk

"aku on je."

"tapi kalau pergi berdua tak syok la. "

"Affan ada. "

"kita ajak cikgu Arif, mau?? "

"ishh kau ni, nak ke dia dengan kita??? "

"tak cuba tak tahu. "

Fitra menjongketkan keningnya beberapa kali.

Rayn menggeleng. Ada-ada je Fitra nih.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Akhirnya, hari yang ditunggu telah pun tiba iaitu hari ini.

Awal pagi, Rayn sudah dikejutkan oleh lompatan Affan di atas katil. Excited betul.

Selesai bersiap, mereka berdua melangkah keluar dari rumah

Serentak itu, Fitra pun tiba. Rayn, Fitra dan Affan satu kereta. Dan, Arif dan adiknya, Syahmi satu kereta.

Ye, Arif bersetuju untuk bersama bercuti di Cameron Highlands.

Beberapa minit menunggu, Arif dan adiknya tiba di rumah Rayn. Mereka terus bergerak ke destinasi.

"nanti before naik, kita berhenti kat Genting Sempah. "beritahu Fitra

Rayn mengangguk

"aku lapar, ada bawak makanan tak?? "soal Rayn

"tu, ada kotak kat belakang. Tengok la. "

"Affan, buka kotak tu. "arah Rayn kepada Affan yang duduk di seat belakang.

Kotak sederhana besar dibuka.

"weh!!! Gempak ah kau. Kau nak meniaga ke kat sana?? "soal Rayn terkejut.

Mana tak terkejut, dalam kotak tu ada banyak bekas transparent yang berisi makanan.

Ada nasi goreng, bihun goreng dan mee goreng. Ada juga bungkusan nasi lemak. Air pun ada. Kebanyakkan air kotak.

"kau masak ke semua ni?? "

"semua aku buat kecuali, nasi lemak, air kotak, bekas dengan kotak. "kata Fitra

Rayn menjeling rakannya.

"dalam plastik sebelahnya tu ada jajan. "kata Fitra

Affan menyerah plastik kepada Rayn.

Rayn melihat isi di dalam plastik itu. Ada banyak jajan dan juga gula-gula.

"nape kau tak bawak dapur gas ke. Boleh masak dalam ni. "kata Rayn

"ouh, boleh bawak ke??? Aku takut kau hambat aku keluar je nanti. "

Hampir sejam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Genting Sempah.

"awak nak makan ke?? "soal Arif

Rayn mengangguk

"kita makan mcd je la. "cadang Fitra

Mereka semua mengangguk.

"kakak, nak kencing. "

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now