R A Y N I L H A M - 0 7 💕

9.2K 385 15
                                    

Pagi itu,

Mereka bertiga bergerak ke Lumut. Ya, Rayn bersetuju untuk mengikut Umar ke Lumut.

Demi keselamatan mereka berdua, Rayn terpaksa bersetuju sebab 2 hari selepas Umar dan Rayn berbincang. Seseorang datang bertemu Rayn.

Flashback

Loceng rumah berbunyi untuk beberapa kali. Tengahari itu, hanya Rayn sahaja tinggal dirumah.

Umar keluar mengambil Affan dari tadikanya.

Rayn berlari ke arah pintu rumah. Pintu dibuka, dan wajah seseorang masuk ke dalam ruangan matanya.

Senyum yang tadinya diukir manis, terus mengendur.

"hello sayang. "kata wanita itu, siapa lagi Puan Izzani la.

"nak apa ??"

"amboi, kasarnya bahasa. I ni syurga you tahu tak. "katanya

Rayn senyum sinis.

"mama nak apa?? "

"I dengar, abah you dah mati. Die!!! "kata Puan Izzani sambil melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Padahal, Rayn tak jemput pun.

"kalau nak cakap buruk pasal abah, mama boleh balik. "

"eh!!!! I tak nak cakap buruk pasal abah kesayangan you tu. I just nak hak I balik je. "

"hak apa?? "

"I nak you, since your dad dah mati. You, I punya la kan?"

"sorry, Rayn dah besar. 24 tahun. Rayn boleh buat keputusan sendiri sama ada ikut mama or anyone else. "kata Rayn tegas

"ouh ya??? Habis tu, you nak ikut siapa kalau bukan I baby?? "

"dia ikut aku, ada apa-apa masalah?? "suara seseorang bergema di rumah itu.

Rayn memandang ke belakang Puan Izzani. Nafas dihembus lega. Umar sedang berdiri di belakang Puan Izzani sambil mendukung Affan.

"you!!! Argh, selalu rosakkan plan I. "kata Puan Izzani

Rayn mencebik.

Affan yang berada didukungan Umar itu, melepaskan diri dan berlari ke arah Rayn.

"jangan kacau kakak!!! "kata Affan.

"hey boy, who are you?? "

"nama kita Affan!!!! Nenek ni siapa??? Nenek kebayan ke??? Ke nenek si bongkok tiga dalam Didi and Friends tu?? "soalan daripada Affan dapat memecahkan tawa Rayn.

Umar yang mendengar hanya tersenyum sambil menggeleng. Affan,  Affan.

"how dare you to call me nenek kebayan ????"soal Puan Izzani sedikit berang.

Affan dihampiri.

"stop la. Lebih baik kau balik. Rayn akan ikut aku. "kata Umar

"arghh!! You tengok nanti Rayn. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan hak I!! "kata Puan Izzani lalu melangkah keluar dari rumah itu.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Dari Ipoh ke Lumut hanya mengambil masa tak sampai 1 jam.

Kini mereka sudah tiba di hadapan rumah teres 2 tingkat.

"jom masuk. "ajak Umar

Rayn menurut.

Umar terus mengambil Affan yang sedang lena di seat belakang.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now