R A Y N I L H A M - 2 3 💕

10.9K 413 7
                                    

Sedar tak sedar, 3 bulan sudah berlalu. Umar tidak pulang-pulang. Hanya mesej yang mengatakan dia tidak boleh balik.

Rayn hanya redha. Perutnya juga sudah semakin membesar. Sudah 4 bulan. Affan juga sudah tahu, ada baby dalam perut Rayn. Selalu juga dia bercakap dengan baby.

Dan, semua orang masih tidak tahu kewujudan bayi itu. Di sekolah, setiap hari Rayn memakai dress bagi menutup perutnya. Tak pernah sekali dia pakai baju kurung dan sebagainya. Tudung pulak di labuhkan.

Pagi itu, Rayn bersiap untuk pergi ke sekolah. Sejak perutnya makin menampakkan bentuk ni, pergerakan selalu terbatas.

Doktor kata, saiz perutnya biasa-biasa saja. Baru 4 bulan, dah penat buat kerja. Tak tau la kalau dah 9 bulan nanti.

Wajah Rayn pun, semakin berseri dan semakin bambam. Semua orang menegurnya. Dari mak cik kantin sekolah sampai guru-guru di sekolah Affan.

Mana taknya, asyik melatak je. Pagi makanan ini, tengahari itu. Petang lain. Malam lain. Hmm.

Sedang dia membetulkan tudung di hadapan cermin, telefon bimbitnya berbunyi.

Husband 💖

Panggilan di jawab.

"hello. "

"assalamualaikum. "suara garau Umar menyapa.

Rayn tersenyum

"waalaikummussalam. "

"kau tengah siap ke?? "

"haah. Kenapa?? "

"petang ni aku balik. "

"ouh, ok. Nanti Rayn masakkan ek?? "

"ni aku nak tanya. "

"apa?? "

"Zahra ada cakap apa-apa tak pasal pernikahan kitorang?? "

"bulan depan. Korang nikah kan?? Ha tu je la. "

"okay, aku letak dulu. Assalamualaikum. "

"waalaikummussalam. "

Talian ditamatkan. Sampai disitu sahajalah perbualan mereka.

Perut diusap lembut.

"ayah nak balik dah baby. "ouh ya, jantina bayi dia sudah nampak. Namun masih samar-samar. Doktor kata, lelaki. Huhu, geng Affan dengan Umar.

Setelah memastikan diringa siap sepenuhnya, Rayn turun ke bawah.

Sampai di bawah, nafasnya sudah tercungap-cungap. Nampak tak kat situ. Dia tersangat lah mudah untuk penat.

"Affan dah makan?? "soal Rayn

Affan mengangguk.

"jom gerak. "

Rayn terus menyarungkan sandle miliknya. Sebelum ni, dia pakai heels 3 inci. Tapi, dah pregnant ni doktor sarankan jangan la pakai kasut tumit tinggi.

Sampai sahaja di sekolah, Rayn terus memasuki bilik guru. Fitra sudah sampai.

Nak dengar tak cerita Fitra. Dia kan syok dekat abang cikgu Arif. Dia try la pm Akmal.

Sekali, mak kepada Akmal yang jawab perbualan itu. Aunty Dalila. Katanya Akmal tiada di rumah, telefon ditinggalkan.

Tapi, selepas itu Akmal sendiri yang membalas mesejnya. Memang berseri-seri la muka Cik Fitra Nasuha.

Rayn terus melabuhkan punggung di atas kerusi.

"baru lepas exercise ke cikgu Ilham?? "Soal Fitra.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now