R A Y N I L H A M - 1 6 💕

10.3K 402 27
                                    

"dia masuk rumah kau?? "soal Fitra dengan riak terkejut.

Rayn mengangguk.

"macam mana dia boleh masuk?? "

"aku tak tahu. Tapi dia kata, dia ada something untuk Umar. "

"ushh, bahaya tu. Dia dah tahu ke kau kahwin dengan Umar?? "

Rayn mengangguk.

"Umar balik bila?? "

"lusa. "

Fitra mengangguk.

"tapi aku rasa tak sedap hati la. Macam, something akan berlaku. "

"alah, tak ada apalah. Ni, kau tak de kelas ke?? "

Rayn mengangguk. Dia terus bangun dan mengemas begnya untuk ke kelas.

Dia melangkah keluar dari bilik guru.

"hai cikgu Ilham. "sapa Arif.

Rayn berpaling memandang Arif. Senyum dilemparkan kepada jejaka itu.

"nak pergi kelas ke?? "soal Arif

Rayn mengangguk.

"awak okay tak ni?? Nampak macam pucat je."

"okay je. Cuma penat sikit je. "kata Rayn

Arif mengangguk.

"saya pergi dulu ye. "kata Rayn lalu membelok ke kiri. Mereka berpisah disitu.

Arif memandang kelibat Rayn yang semakin menjauh.

Senyum terbit di bibirnya. Kenapa dia rasa something bila dengan Rayn?? Rasa, cinta??

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Hari berlalu, harini Umar akan pulang.

"assalamualaikum. "pintu dibuka dari luar.

Suasana rumah itu suram sahaja.

"abang!! "jerit satu suara

Umar berpaling.

Affan berlari ke arahnya.

"mana kakak?? "

"kakak dengan uncle Arif. "

"pergi mana?? "

"pergi klinik. Rayn tak sihat tadi. Masa nak balik, dia hampir nak pitam. "kata Fitra.

"kau amik Affan ke?? "

Fitra mengangguk.

"terima kasih Fitra. "kata Umar

Fitra hanya mengangguk.

"Fitra balik dulu la ye. Assalamualaikum. "

"waalaikummussalam. "

Umar menutup pintu rumah.

Baju seragamnya di tanggalkan. Dia hanya memakai baju yang berada di dalam baju seragamnya.

Balik sahaja dari pangkalan, dia tidak terus ke rumah. Sebaliknga dia menuju ke rumah Rayn.

Dah lama juga dia tak bertemu adiknya dan.... Isterinya.

Beberapa jam menunggu, Rayn tidak pulang.

"abang, nak berbuka dah. "

"mana kakak ni?? "

Affan mengangkat bahu.

"jom la kita makan luar. "kata Umar lalu melangkah keluar dari rumah itu bersama Affan

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now