R A Y N I L H A M - 3 9 💕

11.3K 403 27
                                    

"tak, sekarang ni dorang nak mainkan aku ke apa ni?? "soal Rayn tak puas hati.

"sabar Rayn. Mungkin ada hikmah sebalik itu. "Radiatul cuba menenangkan Rayn.

"pahal pulak tetiba kena balik pi Lumut. Natang betul lah!! "marah Rayn. Terdiam Radiatul dibuatnya.

Macam mana Rayn tak marah, baru 3 bulan dia berkhidmat di HKL. Tiba-tiba dia ditukarkan. Ditukarkan ke Hospital Angkatan Tentera di Lumut.

"mungkin kau dengan Lumut tak boleh berpisah. "kata Radiatul

Rayn diam.

"kau okay ke tinggal sorang-sorang?? "soal Rayn.

"aku okay je Rayn. Sebelum kau ke sini, aku duduk sorang-sorang. Lagipun, aku bukan selalu ada kat rumah. "

Rayn mengangguk.

"aku naik atas dulu la. "

Radiatul mengangguk.

Rayn terus mendaki tangga naik ke tingkat atas.

Masuk sahaja ke dalam bilik, telefonnya berdering.

Nama pemanggil dilihat. 'Fitra'

"nak apa?? "soal Rayn

"ushhh, rilek la. Kau pahal ni?? "

"tengah geram ni. Salah time la kau call. "

"geram pasal apa lak ni?? "

"aku kena tukar. "

"wah!!! Tukar mana?? "

"wah ek??? Aku geram campur letih berpindah randah. "kata Rayn.

"hahah, kau pindah mana?? "

"Lumut. HAT. "

"ushhh!!!!! Beb!!! "jerit Fitra

"pahal doh jerit-jerit? "

"kau tak rasa ke ada sebab yang tersirat?? "

"sebab apa?? "

"kau boleh dekat dengan Umar!!!! Tandanya, jodoh korang kuat!! "

"Umar?? Hahaha, Arif pun ada kat Lumut. "

Fitra diam.

"kenapa kau diam?? "soal Rayn

"kau suka Arif ke?? "

"kalau dia boleh buat aku lupakan Umar, okay la. "

"kau nak lupakan Umar?? Beb, kau takkan bol... "

"memang aku takkan boleh lupakan dia. Sebab dia masih ayah kepada twin. Dia masih abang kepada Affan dan abang tiri aku. Tapi, sekurang-kurangnya aku boleh lupakan dia sebagai seorang suami. Mungkin, dengan adanya Arif dia boleh jadi pengganti tempat Umar?? Mana kita tahu. "

Fitra mengeluh.

"ni Rayn. Aku nak bagitahu. "

"ha, bagitahu apa?? "

"bulan depan, aku kahwin. "

"pehhhh!!! Express ek?? "

"eleh, macam la kau tak kahwin express. Kau lagi padu express dia. "kata Fitra

"aku jugak yang kena. "

"hahaha, baguslah kau pindah Lumut. Aku pun bosan duk sini. Rumah kau tu pun sunyi. Kau duduk situ balik kan?? "

"ye, mestilah aku duduk situ. Tak de benda yang aku bawak keluar dari rumah tu kecuali baju aku, katil twin dengan barang-barang dorang. "

"okay la. Aku letak dulu, nak dating. "

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now